Bless of Jumaat, penghulu segala hari. Rahmat yang turun pada hari Jumaat melebihi hari-hari lain sebab itu dipanggil penghulu. Doa pada hari Jumaat juga dimakbulkan. Jumaat indah dengan solat Jumaatnya bagi kaum lelaki. Dalam khutbah solat Jumaat, ada satu masa yang mana segala doa akan dimakbulkan.
Tadi saya menonton Tanyalah Ustazah (tu pun nak bagitau ker?). Alkisah, mula-mula tengok cerita TV3, kemudian rasa boring jadi tukarlah saluran lain. Terlupa pula hari ni hari Jumaat ada siaran Tanyalah Ustazah di TV9. Alhamdulillah, walaupun perancangan hari ini nak pergi kuliah di surau berdekatan tak jadi atas sebab masalah teknikal, dapat juga dengar kuliah di TV. Thank you Allah. Sangat merindui kuliah agama. Rasa semakin gelap hati den ni.
Saya rasa tertarik nak berkongsi satu ilmu yang saya perolehi semasa menonton siaran tersebut. Saya tahu ramai yang tak sempat nak tengok sebab kerja (padahal sempat pula merancang pergi tengok cerita Transformers di pawagam). Ada orang tanya bab berhutang, jadi terkena pula batang hidung sendiri sebab saya pun berhutang juga. Pesanan saya, kalau berhutang wajib kena bayar hutang walaupun pada saudara-mara sendiri. Kalau tak selesai hutang, orang yang mati syahid pun tak boleh masuk syurga tau. Ingat!!!
Alkisah soalannya tentang kad kredit. Memang sudah sedia maklum, penggunaan kad kredit ni lebih banyak mudarat daripada baiknya. Itu pendapat saya. Hari ini ramai orang dah guna kad kredit. Tak mustahil kalau suatu hari nanti, pergi pasar pun bawa kad kredit jer (2020 kot?). Mak saya pun hampir-hampir jadi pengguna kad kredit. Tapi alhamdulillah, dah cancel sebab kad kredit ni masa pakai memang best tapi masa nak bayar memang boleh botak kepala.
Bak kata Ustazah Hafizah Musa, semuanya berbalik kepada sikap kita semasa berbelanja. Kalau guna kad kredit tapi tahu mengawal perbelanjaan, itu lebih baik daripada tak guna kad kredit tapi boros juga berbelanja. Yang paling penting kita harus tahu membezakan kehendak dan keperluan. Definisi dua perkataan ini menggunakan bahasa sendiri, kehendak=apa yang kita hendak/mahu tapi kalau tak ada tak memudaratkan hidup, keperluan= apa yang kita perlu/mahu dan kalau tak ada memang memudaratkan hidup.
Kalau kita tahu bezakan dua perkara ini, insyaAllah kita boleh berbelanja secara berhemah. Tak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk mengatur kewangan kita, tak perlu baca buku cara mengurus wang kalau dah kita ni jenis tak rajin baca buku. Yang paling penting kita ada disiplin untuk mengawal perbelanjaan. Kalau rezeki kancil janganlah berbelanja seperti harimau. Kalau hanya mampu beli kereta Viva jangan pula gatal tangan beli kereta Lancer. Kan dah berhutang keliling pinggang.
Ini adalah pesanan untuk diri saya sebab saya dan kaum sayalah yang tak boleh kawal nafsu membeli-belah. Pantang tengok yang cantik dan menarik, semua nak beli, hujung bulan mulalah sakit kepala fikir bagaimana nak mencari duit tambahan sebab gaji yang ada sekarang dah tak cukup nak menampung kehidupan. Latih diri untuk berjimat dan sentiasa syukur atas rezeki yang Allah berikan biar sikit atau banyak. Ramai manusia yang hidupnya lebih susah daripada kita, jadi hargainya.
Kalau saya jadi konvo bulan 9 ni bolehlah beli kasut baru sebab kasut lama dah koyak rabak dan sudah disedekahkan kepada cik tong sampah. Bukan senang nak mengekang nafsu membeli especially kasut, beg tangan, baju dan sebagainya tapi apabila teringatkan keperluan anak-anak yang perlu diutamakan, simpan dulu hasrat nak membeli. Orang kata ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu. Beli yang mana perlu saja.
No comments:
Post a Comment