Monday, November 2, 2009

SINDROM PELUPA

Semalam merupakan hari terakhir diadakan colloqium untuk pelajar-pelajar sarjana Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Tujuannya untuk menggalakkan pelajar-pelajar membentangkan 'progress work' masing-masing. Lebih-lebih lagi untuk pelajar yang dah sampai 2 tahun tapi masih tak membentangkan proposal penyelidikan seperti saya ni. Colloqioum yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada hari Sabtu dan selesai pada tengahari Ahad di adakan di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Dengarnya penginapan dan makanan peserta dan ahli jawatankuasa colloqium semua ditanggung oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM. Banyaknya duit USM. Memang satu sen pun tak dikeluarkan oleh peserta yang menyertai colloqium ni. Buat pelajar seperti saya yang tiada lagi bayaran gaji bulanan kerana geran penyelidikan sudah habis tempoh, perkara percuma macam ni tak eloklah disia-siakan.


Alhamdulillah, walaupun saya menjadi pembentang hasil penyelidikan yang terakhir sekali semalam (last but not least) tapi saya berjaya juga membentangkan hasil kerja saya. Agak berpuas hati cuma daripada segi penyampaian dan rasa gemuruh tu perlu diperbaiki lagi pada masa akan datang. Bahasa Inggeris komunikasi saya pun banyak yang tunggang-langgang. Jadi, saya kena banyak-banyak praktis supaya lebih sempurna serba sedikit menjelang viva saya nanti yang belum diketahui lagi bila.


Sejak kebelakangan ini sindrom pelupa saya semakin menjadi-jadi. Kata suami, saya ni kurang fokus. Mungkin juga sebab bila macam-macam perkara berlegar-legar di kepala saya ni, mulalah datang sindrom pelupa tu. Malam sebelum pembentangan, semasa saya nak periksa semula slide presentation yang sudah dibuat sebelumnya, tiba-tiba pendrive saya tak dapat dikesan di mana letaknya. Puas mencari di dalam beg tapi tak jumpa. Sudahlah 'pendrive' tu satu-satunya yang menyimpan segala maklumat dan hal-hal berkaitan projek saya. Saya tak pasti di mana hilangnya tapi naluri hati saya mengatakan ia mungkin berada di CPU komputer saya di bilik pelajar sarjana. Esoknya bila saya pergi ke PPK Kimia, sah 'pendrive' tu ada di situ. Syukur.Lega hati saya.


Peristiwa yang kedua yang disebabkan oleh sindrom pelupa ni berlaku pada pagi Ahad semasa saya memandu menuju ke Nibong Tebal. Saya sudah 20 minit memasuki lebuh raya ketika suami saya tiba-tiba menelefon.


"Yang, 'pendrive' tadi tak ambil ker?", tanya suami saya. Saya amat berkeyakinan yang saya dah ambil 'pendrive' tu sebelum saya melangkah keluar dari rumah. Sambil tangan kanan saya memegang stereng, tangan kiri saya pula meraba-raba isi beg. Sah! Tak ada.

Dengan nada suara yang sangat kecewa, geram dan sebagainya, "abang...pendrive tertinggal..".


Mujurlah saya mempunyai suami yang baik hati dan penyayang (puji sikit). Saya berhenti di Hentian Sebelah Tikam Batu, menunggu kedatangan suami saya menghantar 'pendrive' keramat itu. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 8 ketika suami saya sampai dengan 'pendrive' tu. Bermakna disebabkan kecuaian dan kekalutan saya suami saya akan lambat masuk ke pejabat dan tak sempat nak 'punch card'. Kesian suami saya.


Sebenarnya ini bukan kali pertama dan kedua sindrom ni menyerang saya. Dah banyak kali dan dah banyak benda yang saya selalu lupa. Kadang-kadang bila pulang ke kampung saya lupa nak bawa balik kain pelikat suami saya, berus gigi, susu anak dan sebagainya. Dan saya rasa sindrom pelupa saya ni akan berterusan lagi. Kata orang kalau rajin menghafal al-quran ingatan kuat. Nampaknya itu kot yang harus saya buat....



1 comment:

  1. Salam ummi ku sayang..
    hang nya sindrom pelupa tu, ada jugak berlaku kat aku ni...

    setiap pagi, sebelum keluar rumah, iqbal akan tanya hp dh amik? beg duit dh amik? heheh

    masa pregnant dulu, dia masukkan susu ngan biskut siap2 lam beg aku. kalo tidak, aku asyik ttggal ja.. dh la masa awal2 ngandung tu aku ada gastrik. pelik kan. badan besar lg sihat ni ada gak gastrik. heheh

    kalo telupa beg duit, alamat aku kena pinjam duit kengkawan la nk mkn.

    aku rasa sebab bila banyak perkara yg nk difikirkan, akan terjadila cam tu.

    ada amalan yg aku praktiskan dan aku rasa ang pon blh cuba..

    1) kalo nk balik kg, sebelum balik tu ataupun sebelom ang kemas ngemas tu, ang tulis lu items yg nk di bawak balik tu. insyaAllah ang tkkan tertinggal lg brg2. hehehe. tp sebaiknya ang buat list masa fikiran ang tenang. supaya ang tk tergopoh gapah memikir. last2 ada gak brg yg tertinggal.

    2) bila ang teringat nk buat sesuatu, terus ja buat. jgn simpan nnt2. last2 terlupa gak kalo ditangguh2.

    3) benda2 yg penting spt hp, beg duit, pendrive, spec mata (kalo aku la, ang tk pakai, letak kat tempat2 yg tk tersorok. senang nk cari. kdg2 suami kita blh carikan sbb dia pernah terlihat brg tu somewhere.

    tu ja yg aku ingat. hehhehe..
    neway,aku pon nk kena hafal ayat2 al-quran. sbb aku pon rasa otak aku ni semakin lembab.

    ok. Salam...

    from: x-rumet. hehe

    ReplyDelete