Salam ulangtahun wahai kekasihku
Terima kasih Ya Allah atas pertemuan yang terindah ini dengannya
Terima kasih buat ayahanda dan bonda mertua
kerana melahirkan dan mendidik anakmu ini menjadi seorang yang baik budinya
Semoga cintaku padanya tidak mengatasi cintaku padaMu dan RasulMu
dan tidak melebihi cintaku pada agamaMu yang tulus ini
Selamat ulangtahun sahabat baikku dunia dan akhirat
6 tahun kita bersama
Disatukan dengan ijab qabul yang mulia
Mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta
Dua hati disatukan dengan iman dan takwa kepadaNya
Semoga cinta kita bersatu demi meraih cintaNya yang paling utama
Wahai suamiku
Buah hatiku
Semoga Allah SWT jadikanmu suami yang pengasih dan penyayang
Menjadi abi yang terbaik buat zuriatmu
Mendidik zuriatmu menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah
Ya Allah, berilah kekuatan buatnya
supaya dapat memimpin tanganku dan zuriat kami menuju syurgaMu
Andai dia salah, berilah petunjuk, hidayah serta hikmah
untuk membetulkan salahnya
Salam ulangtahun yang ke 30 buatmu pendampingku,
Bertambah satu angka dalam hidup
bermakna semakin dekat kita menuju pengakhiran
Semoga hidup kita sekeluarga penuh berkah
dengan amalan yang tak putus-putus buat al-Khaliq
Semoga Allah memilih kita untuk mencintai ilmuNya
menjadi hamba yang sentiasa mengimarahkan rumahNya
dan sentiasa berada dalam halaqah taman syurga
Ibarat kata Imam Nawawi buat si isteri,
Kalau hilang cinta si isteri pada Allah,
hilanglah cintanya juga pada si isteri
Mencintai Allah dan Rasul matlamat utama pernikahan kita
Semoga ianya terpahat kekal dalam hati dan sanubari
Buat ingatan bersama
Salam ulangtahun kelahiran imamku Zarizi a.k.a Abu Ziyad
Happy 6th wedding anivessary
Hadirmu melengkapkan sisi ketidak sempurnaan isterimu ini
Ummu Ziyad
28/8/13
21 Syawal 1434
9.56 am
“beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya”
Wednesday, August 28, 2013
Wednesday, August 21, 2013
DAH 6 TAHUN
Assalammualaikum,
19/8/13
Genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya dan Tok Imam saya. Anak pun dah 3 orang. Kalau ikut KPI (Key Performance Index) untuk keluarga kira berjayalah tu kan..
Yang lawaknya, bila sampai ja tarikh 19 Ogos tu, dua-dua orang buat tak tahu, masing-masing tak ingat. Bila bukak Mukabuku ada reminder sebut Annivessary..barulah teringat. Bila bagitau kat Tok Imam, nah haih dia baru teringat..Itulah penangan 6 tahun kahwin, ulangtahun perkahwinan pun boleh ingat-ingat lupa. Bukan tak ingat tarikh nikah tapi tak sedar tarikh tu dah tiba. Ni kes banyak sangat makan ketupat kot hehe..Apa kaitan? Semalam baru berkesempatan buat acara makan-makan sambut ulangtahun dengan anak-anak di kedai makan.
Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Dalam 6 tahun bersama ni, banyak suka dan duka kami tempuhi. Dari tinggal berasingan hampir setahun dok jarak jauh dari Penang-Terengganu, kemudian suami pindah ke Penang menyewa di rumah flat kos rendah, pindah ke rumah teres 2 tingkat, pindah Sungai Petani dan kemudiannya pindah Kajang. Tok Imam pun dari saiz M dah jadi saiz XL, bidadari dia saja yang maintain saiz. Jimat duit Tok Imam nak beli korset ker ubat pelangsing bagai..haha
Semoga kasih sayang yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga. Cinta pada Allah akan menjadikan kita cinta pada makhlukNya...:)
Jangan lupa doakan saudara kita di Mesir, Syria, Palestin dan seluruh dunia. Mereka berjuang menegakkan agama Islam di sana, ramai yang sudah tidak dapat menyambut ulangtahun perkahwinan bersama yang tersayang
PLEASE, PRAY FOR THEM
Subscribe to:
Posts (Atom)