Friday, November 23, 2012

I'M 28!!!!

Assalammualaikum,

I'm already 28!!!

Sedar tak sedar dah 28 tahun dah usiaku. 2 tahun lagi  masuk alam dewasa yang matang. Sekarang ni alam dewasa yang tak matang. Erk!!! Boleh pulak macam tu...

Pencapaian setakat ini:

1) Menjadi isteri selama 5 tahun kepada seorang suami yang very loving, mithali dan soleh, InsyaAllah.
2) Anak dah masuk 3 orang...Muhammad Ziyad (3 thn), Ummu 'Auni (2 thn) dan Muhammad Zakir (1 bulan)
3) Dah ada bisnes sendiri walaupun kecil-kecilan
4) Masih seorang surirumah yang berjaya dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia..(mak saya kata membazir belajar tinggi-tinggi tapi jadi surirumah..oh!)..bukan tak nak kerja tapi rezeki tak ada lagi...huhu

Itu sajalah pencapaian yang boleh dibanggakan sekejap. Tak boleh bangga lama-lama nanti jadi riyak wa takabbur pulak..

Banyak lagi impian dan angan-angan yang masih belum jadi kenyataan dan perlukan usaha lebih lagi. Berasak-asak dalam kepala dok fikir. Semoga Allah SWT permudahkan...

Yang penting, bila rumahtangga bahagia, semua impian mudah terlaksana..InsyaAllah semuanya dengan izin dari Allah SWT.

Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan dan bagi ucapan sempena ulangtahunku ini. Sangat terharu. Lagi terharu bila teman hidupku belikan kek secret recipe secara kejutan. Padahal sehari sebelum my birthday dia tanya boleh makan ke tidak sebab masih dalam pantang kan..Tapi, tak sangka pulak dia belikan jugak. Itu pun siap sembunyi dalam kereta konon-konon tak beli. Rasa macam nak menangis bahagia dan gembira. Wah, berdrama pulak. 

Terima kasih banyak my love...Doakan saya menjadi isteri yang solehah, penyejuk di mata penawar di hati abang yer..Semoga kasih sayang kita hingga ke syurga bersama anak-anak kita yang soleh dan solehah...

Remember! Semakin bertambahnya umur semakin dekat kita dengan kematian...Persiapkan diri!!!

No comments:

Post a Comment