Assalammualaikum,
Suami saya balik pukul 12 malam tadi. Si Abang Long asyik tanya kenapa Abi tak balik lagi? Abi kerja, jawab saya. Apakan daya suami saya kena pergi melawat tapak projek di Batu Pahat, Johor. Berbuka puasa seorang dirilah saya semalam sambil ditemani anak-anak. Sambil dok tunggu suami balik, sempat juga buat kuih ketayap. Puasa-puasa ni rajin pula saya buat kuih-kuih tradisional ni. Tiba-tiba anak tekak rasa teringin nak makan makanan manis.
Setiba saja suami di rumah, anak-anak dah bergelimpangan tidur. Mula-mula hampar tilam depan TV dekat ruang tamu, boleh pula budak-budak ni tidur atas tikar rotan. Tilam tu pula dibuat selimut. Kesudahannya, pakat tidur beralaskan tikar sajalah, tilam dah terperosok. Apa-apalah anak-anak oii, asalkan hampa tidoq. Jenuh bersengkang mata melayan kerenah budak-budak tidur lambat ni. Anak-anak jiran dah lama berdengkur, anak-anak saya jer dok terjerit-jerit main tak kira pukul berapa.
Sebaik saja encik suami berlabuh di kerusi mulalah drama mengadu cerita sedih. Masa nilah nak bermanja dengan suami...
"Hari ni rasa nak pitam.." Saya memulakan perbualan. Habis saja masak tiba-tiba rasa lain macam. Kepala berat tiba-tiba. macam nak pitam tapi saya cepat-cepat duduk.
"Lama sangat berdiri kot"., kata suami. Munkin juga. Banyak sangat kerja kena siapkan. Mula pukul 12 tengahari basuh baju guna mesin basuh, mengadap laptop proofread tesis seorang kawan sambil-sambil tu tengok kedai online di FB, selepas solat Asar masak untuk berbuka, kemudian anak-anak sepahkan rumah..ada masa lagi sebelum berbuka kemas rumah pulak, selepas berbuka puasa solat Maghrib, kemudin nak rehat sekejap tapi anak-anak minta susu pulak, bangun bancuh susu..masa tu lah tiba-tiba rasa nak pitam, sesak nafas...terpaksa bancuh susu anak sambil duduk takut pitam....jadi masalah pulak dengan suami tak ada kat rumah ni. Mengandung lagi...anak-anak terbiar pulak nanti..bahaya betul.
"Ingat tak dulu awak pernah pengsan kat bazar???".....Encik suami mengembalikan memori.
...................................................................................................................................................................
4 tahun yang lalu, semasa bulan Ramadhan juga, saya dan suami (masa tu baru jer jadi husband and wife..sweettttt) pergilah meronda ke Bazar Ramadhan di Jerteh. Saya ni jarang ke bazar, meski masa bujang pun. Malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tiba-tiba terasa nak pergi tengok bazar di pantai timur ni, apa yang menarik...konon-kononnya. Mujurlah kawasan bazar luas jadi tak sesak sangat, ada lagilah ruang-ruang untuk mencelah. Suami saya singgah di gerai Yong Tau Fu sebab dia pun dah tak tahu nak beli apa, al maklumlah banyak sangat juadah yang dijual. Saya pun ambillah pengepit besi konon-konon nak pilih aneka fishball, isi ketam, sayur kangkung tapi entah macam mana saya boleh lukakan jari saya dengan pengepit besi tu. Sejurus, saya rasa lain macam. Kepala dah berpinar-pinar, pandangan pun dah tak jelas, muka berpeluh-peluh. Tiba-tiba....
Saya nampak suami saya di depan mata memanggil-manggil sambil seorang wanita (peniaga di situ) mengurut-urut leher dan bahu saya untuk kembali menyedarkan saya. Apa dah jadi? Saya terpinga-pinga melihat orang ramai silih berganti memerhatikan saya. Rupa-rupanya saya terjelepuk jatuh ke tanah dekat dengan gerai Yong Tau Fu tu...kesudahannya, tak ada sebarang juadah pun yang dibeli. Kami terus balik rumah...
...................................................................................................................................................................
Pengalaman yang tak boleh dilupakan...dalam banyak-banyak tempat di bazar juga saya pengsan. Bila periksa kat doktor tak ada masalah kesihatan pun, mengandung pun tak tapi tiba-tiba boleh pengsan. Semasa saya pengsan tu baru suami saya sedar jari saya terluka...tapi takkan pengsan sebab luka kot. Saya ni bukannya jenis takut darah pun...misteri nusantara..huhu...
Sejak kandungan dah masuk 7 bulan ni cepat sangat rasa letih. Tambah pula dengan puasa, kurang minum air jadi tekanan darah pun tak stabil. Pemeriksaan rutin baru-baru ni, darah saya rendah. Misi dah pesan jangan lupa makan ubat tapi kadang-kadang terlupa....Saya makan ubat salindah jer, ubat yang biasa tu tak boleh telan. Asal telan jer muntah balik..huhu..baby tak suka makan ubat...dia suka makan ubat homopathy jer...Ai kecik-kecik lagi dah memilih ni...
Ramadhan dah masuk fasa terakhir, sangat cepat ramadhan nak berlalu. Ramai dah ligat ibadah nak kejar Lailatul Qadar. Semoga berjaya meraih malam yang pahalanya berlipat kali ganda. Lailatul qadar ni bukannya mula dari tengah malam tapi selepas waktu berbuka sampailah Subuh keesokannya. Itu yang saya dapat dariseorang ustaz. Tak kiralah malam bila pun, dalam masa 10 hari yang terakhir ni marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah. Banyakkan doa. Mudah-mudahan Allah makbulkan dan kita dapat istiqamah untuk 11 bulan akan datang. Alhamdulillah, tak pernah lagi tinggal solat tarawih. Semoga berjaya tarawih untuk malam-malam terakhir ni. Puasa pun tak tinggal..hehe..alhamdulilah.
Buat semua, SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR...
No comments:
Post a Comment