Tuesday, August 28, 2012

SELAMAT, SELAMAT, SELAMAT...

Assalammualaikum,

Saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, TAQABAL MINNA WA MINKUM...Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu..

Saya juga nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-5 pada 19 Ogos yang lalu (Hari Raya Pertama) buat saya dan suami..semoga rumahtangga yang dibina subur dengan rahmah, mawaddah dan berkah daripada Allah SWT...you truly complete my life...

Lagi, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-29 pada hari ini 28 Ogos buat my beloved life partner, semoga menjadi anak, suami dan abi yang soleh dan mithali...Terima kasih buat Ma dan Abah kerana mendidiknya menjadi insan yang penuh kasih sayang..Syukur padaMu  ya Allah kerana menganugerahkannya sebagai suamiku, pendamping hidup di kala susah dan senang...

Alhamdulillah atas segala nikmatMu...

Friday, August 10, 2012

KOSONG..KOSONG.....

Assalammualaikum,

Suami saya balik pukul 12 malam tadi. Si Abang Long asyik tanya kenapa Abi tak balik lagi? Abi kerja, jawab saya. Apakan daya suami saya kena pergi melawat tapak projek di Batu Pahat, Johor. Berbuka puasa seorang dirilah saya semalam sambil ditemani anak-anak. Sambil dok tunggu suami balik, sempat juga buat kuih ketayap. Puasa-puasa ni rajin pula saya buat kuih-kuih tradisional ni. Tiba-tiba anak tekak rasa teringin nak makan makanan manis.

Setiba saja suami di rumah, anak-anak dah bergelimpangan tidur. Mula-mula hampar tilam depan TV dekat ruang tamu, boleh pula budak-budak ni tidur atas tikar rotan. Tilam tu pula dibuat selimut. Kesudahannya, pakat tidur beralaskan tikar sajalah, tilam dah terperosok. Apa-apalah anak-anak oii, asalkan hampa tidoq. Jenuh bersengkang mata melayan kerenah budak-budak tidur lambat ni. Anak-anak jiran dah lama berdengkur, anak-anak saya jer dok terjerit-jerit main tak kira pukul berapa.

Sebaik saja encik suami berlabuh di kerusi mulalah drama mengadu cerita sedih. Masa nilah nak bermanja dengan suami...

"Hari ni rasa nak pitam.." Saya memulakan perbualan. Habis saja masak tiba-tiba rasa lain macam. Kepala berat tiba-tiba. macam nak pitam tapi saya cepat-cepat duduk.

"Lama sangat berdiri kot"., kata suami. Munkin juga. Banyak sangat kerja kena siapkan. Mula pukul 12 tengahari basuh baju guna mesin basuh, mengadap laptop proofread tesis seorang kawan sambil-sambil tu tengok kedai online di FB, selepas solat Asar masak untuk berbuka, kemudian anak-anak sepahkan rumah..ada masa lagi sebelum berbuka kemas rumah pulak, selepas berbuka puasa solat Maghrib, kemudin nak rehat sekejap tapi anak-anak minta susu pulak, bangun bancuh susu..masa tu lah tiba-tiba rasa nak pitam, sesak nafas...terpaksa bancuh susu anak sambil duduk takut pitam....jadi masalah pulak dengan suami tak ada kat rumah ni. Mengandung lagi...anak-anak terbiar pulak nanti..bahaya betul.

"Ingat tak dulu awak pernah pengsan kat bazar???".....Encik suami mengembalikan memori.

...................................................................................................................................................................

4 tahun yang lalu, semasa bulan Ramadhan juga, saya dan suami (masa tu baru jer jadi husband and wife..sweettttt) pergilah meronda ke Bazar Ramadhan di Jerteh. Saya ni jarang ke bazar, meski masa bujang pun. Malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tiba-tiba terasa nak pergi tengok bazar di pantai timur ni, apa yang menarik...konon-kononnya. Mujurlah kawasan bazar luas jadi tak sesak sangat, ada lagilah ruang-ruang untuk mencelah. Suami saya singgah di gerai Yong Tau Fu sebab dia pun dah tak tahu nak beli apa, al maklumlah banyak sangat juadah yang dijual. Saya pun ambillah pengepit besi konon-konon nak pilih  aneka fishball, isi ketam, sayur kangkung tapi entah macam mana saya boleh lukakan jari saya dengan pengepit besi tu. Sejurus, saya rasa lain macam. Kepala dah berpinar-pinar, pandangan pun dah tak jelas, muka berpeluh-peluh. Tiba-tiba....

Saya nampak suami saya di depan mata memanggil-manggil sambil seorang wanita (peniaga di situ) mengurut-urut leher dan bahu saya untuk kembali menyedarkan saya. Apa dah jadi? Saya terpinga-pinga melihat orang ramai silih berganti memerhatikan saya. Rupa-rupanya saya terjelepuk jatuh ke tanah dekat dengan gerai Yong Tau Fu tu...kesudahannya, tak ada sebarang juadah pun yang dibeli. Kami terus balik rumah...

...................................................................................................................................................................

Pengalaman yang tak boleh dilupakan...dalam banyak-banyak tempat di bazar juga saya pengsan. Bila periksa kat doktor tak ada masalah kesihatan pun, mengandung pun tak tapi tiba-tiba boleh pengsan. Semasa saya pengsan tu baru suami saya sedar jari saya terluka...tapi takkan pengsan sebab luka kot. Saya ni bukannya jenis takut darah pun...misteri nusantara..huhu...

Sejak kandungan dah masuk 7 bulan ni cepat sangat rasa letih. Tambah pula dengan puasa, kurang minum air jadi tekanan darah pun tak stabil. Pemeriksaan rutin baru-baru ni, darah saya rendah. Misi dah pesan jangan lupa makan ubat tapi kadang-kadang terlupa....Saya makan ubat salindah jer, ubat yang biasa tu tak boleh telan. Asal telan jer muntah balik..huhu..baby tak suka makan ubat...dia suka makan ubat homopathy jer...Ai kecik-kecik lagi dah memilih ni...

Ramadhan dah masuk fasa terakhir, sangat cepat ramadhan nak berlalu. Ramai dah ligat ibadah nak kejar Lailatul Qadar. Semoga berjaya meraih malam yang pahalanya berlipat kali ganda. Lailatul qadar ni bukannya mula dari tengah malam tapi selepas waktu berbuka sampailah Subuh keesokannya. Itu yang saya dapat dariseorang ustaz. Tak kiralah malam bila pun, dalam masa 10 hari yang terakhir ni marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah. Banyakkan doa. Mudah-mudahan Allah makbulkan dan kita dapat istiqamah untuk 11 bulan akan datang. Alhamdulillah, tak pernah lagi tinggal solat tarawih. Semoga berjaya tarawih untuk malam-malam terakhir ni. Puasa pun tak tinggal..hehe..alhamdulilah.

Buat semua, SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR...

Friday, August 3, 2012

BAZAR RAMADHAN...OHHH

Assalammualaikum,

Sekejap saja dah masuk 14 Ramadhan...cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam dengar pengisytiharan mohor besar raja-raja. Akhir zaman...1 hari bagai 1 jam.

Alkisah, hari ni dah tak tahu menu apa nak masak jadi, suruhlah cik abang belikan ikan bakar di Bazar Ramadhan. Terbayang-bayang di kepala kesedapan ikan bakar cicah air asam..uhh meleleh air liur. Ibu mengandung ni kalau terbayang makanan rasa sampai ke anak tekak walaupun tak ada lagi kat depan mata. 

Balik saja cik abang dari Bazar, saya pun ambil lauk, air kelapa dan sedikit kuih yang dibeli masukkan dalam pinggan dan bekas yang sepatutnya. Bila terpandang saja ikan pari bakar yang cik abang beli terus hilang selera. Keras dan tak nampak macam ikan bakar melainkan warna hitam arang dan merah (konon rempah kot). Air asamnya pulak macam budu letak air banyak, tambah lah potongan bawang sikit-sikit. Fail dari segi rupa. Suami saya ambil kerabu perut, lauk tambahan tapi sebaik saja buka ikatan plastik, bau masam macam nak basi. Ya Allah, apa benda lah diorang ni jual. Fail lagi!

Bila buka puasa terpaksalah makan juga lauk-lauk yang dibeli di samping sedikit lauk yang dimasak.  Bukan setakat fail rupa tapi juga fail dari segi rasa. Agaknya ikan bakar tu yang semalam punya kot sampaikan warna isi pun dah kelabu. Keras pulak tu, air asam pun rasa masam jer. Kerabu perut tu cik abang saja yang makan sebab tak nak membazir. Cik abang kata bolehlah nak makan walaupun bau dah lain macam tapi dia sarankan saya supaya tak makan. Perut ibu mengandung ni dahlah sensitif, tak pasal-pasal ulang-alik ke tandas. Hari pertama puasa dulu pun terkena juga. Beli kuih seri muka, nampak sedap tapi bila dah makan tawar gedebe..langung tak rasa masin, manis...Tak ada rezeki na merasa kuih seri muka yang sedap, lemak, manis huhu...kempunan ibu mengandung...

Kepada para penjual Bazar Ramadhan, memanglah sekarang ni bulan puasa tapi takkan sampai tak boleh nak kenalpasti rasa masin, masam, pahit, basi, tawar makanan yang dijual. Tolonglah bersikap jujur dengan pembeli. Bila tak ada orang beli makanan yang dijual, itu salah siapa? Salah diri sendiri sebab tak menyediakan makanan yang berkualiti. Tak rugi kalau jaga kualiti makanan. InsyaAllah, kalau kita jujur rezeki datang melimpah-ruah. Bukan rezeki datang dari pembeli tapi dari Allah SWT. Buat yang pergi ke bazar tu beringatlah. Banyak saja kes sakit perut selepas makan makanan yang dibeli dari bazar. Tengoklah dan telitilah penjual. Pendek kata, orang yang menjaga solat, ibadah-ibadah lain, pasti dia menjaga kualiti barang jualannya. Tak berkat rezeki kalau menipu. 

Semoga Allah SWT memberi kesedaran, hidayah dan petunjuk kepada peniaga-peniaga sebegini.