Wednesday, June 22, 2011

KELIRU

Ada blogger sarankan jangan gunakan nama Islam untuk sebarang tujuan commercialization dan competition. Sebagai contoh, dulu ada ura-ura nak buat kereta Islam tapi tak jadi sebab kalau ada apa-apa masalah teknikal atau ada orang buat perkara tak elok dalam kereta tu, nama Islam itu akan terpalit sama keburukannya. No,no, no. Saya setuju dan sokong 100% saranan blogger tersebut.

Saya ingin tegaskan juga bahawa blog saya ini bukanlah dijenamakan sebagai 'blog Islam' supaya apa-apa tulisan yang terkandung dalamnya sekiranya terdapat khilaf dan keburukan, salah itu diletakkan pada saya, tuan empunya sementara tertakluk kepada terma dan syarat (blog ini bukan keluarga I yang punya), Ummu Ziyad a.k.a Mrs. Jie bukan pada Islam. Harap maklum. Kepada blogger yang menggunakan nama Islam pada banner blognya, silalah pastikan isi kandungannya reflect the name. Jangan disebabkan salah penulis, nama Islam yang menerima tempias keburukannya. No, no, no.

Sama juga halnya sekiranya nama kita ada perkataan 'Islam', sila berkelakuan seperti yang sepatutnya seiring dengan Islam itu. Sedih kiranya nama Nurul Islam (sekadar contoh sahaja, kalau terkena batang hidung, saya minta maaf) tapi perangai haprak, jadi bohsia, hisap dadah dan sebagainya. Islam itu adalah satu kemuliaan. Jangan jatuhkan 'maruahnya' dengan angkara kita. Kepada yang bernama Nurul Islam (kalau ada), pastikan anda membawa 'cahaya Islam' itu sebagai satu kemuliaan dan pegangan yang sentiasa mengikut perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah.

Kebiasaan sekarang ini kalau diadakan majlis perkahwinan, pasti akan dimeriahkan dengan pelbagai tema. Ada tema 'English', tema 'garden', tema 'Bollywood', tema 'puteri kayangan' dan sebagainya. Manusia memang kreatif. Tapi ada satu tema yang saya dengar baru-baru ini iaitu tema 'Islam'. Sampai ke tahap itu kreatifnya kepala otak manusia. Satu hal lagi, bila dah majlis perkahwinan bertemakan 'Islam' sudah tentulah kita mengharapkan pengantinnya menutup aurat mengikut syariat. Bukan semasa bernikah saja pakai tudung tapi masa bersanding tudung jadi tudung saji. Yang tak enak mata memandang bila tema 'Islam' itu dicemari oleh sesi renjis-merenjis, menepung tawar mempelai. Kreatifkan manusia? Memasukkan elemen Hindu ke dalam Islam. Kalau ditegur karang marah. Kan dah pening para muallaf dan orang bukan Islam. Dah bertambah tugas ustaz/ah nak memberi penerangan dalam rancangan Tanyalah Ustaz/ah. Benda yang tak ada dalam agama saja diada-adakan. Memang kera-aktif tahap gaban.

Islam itu bukan tema atau pun jenama. Islam is the way of life. Kalau tak faham, Islam itu adalah cara hidup kita, pegangan kita, agama kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT untuk disampaikan kepada seluruh ummat manusia. Tema dan jenama akan pudar mengikut masa dan peredaran zaman tapi Islam akan tetap tidak berubah mengikut zaman. Sebagaimana Islam yang dibawakan mula-mula zaman nabi Muhammad itu, seperti itu jugalah Islam sampai ke hari kiamat nanti.

Ada orang tanya, "Kenapa taip SAW, taiplah S.A.W....dah lain maksud kalau orang baca".

Kata saya, "manusia ni memang kera-aktif tahap gaban. Benda yang tak ada diada-adakan. Malas nak layan".

No comments:

Post a Comment