Tuesday, June 28, 2011

PUASA GANTI

Alhamdulillah, hari ini hari yang ke-15 saya menjalankan puasa ganti. Ramadhan tahun lepas saya dalam mode berpantang selepas melahirkan anak kedua. Sebelum tiba Ramadhan tahun ini haruslah selesai dulu mengqada' puasa yang tertinggal. Ada 15 hari lagi untuk cuba dihabiskan.

Aduh, puasa memang meletihkan kalau asyik nak marah tak tentu pasal. Kurang pahala puasa. Letih saja yang dapat. Kena banyak bermuhasabah dan banyak mengucapkan istighfar. Semoga ibadah puasa ini diterima.

Ibadah solat pun kena jaga. Itu lagi penting. Kalau sibuk puasa tapi solat sekejap ada sekejap tak ada, tak ada maknanya puasakerana solat adalah kunci kepada semua ibadah. Lurus solat kita, luruslah amalan yang lain. Bengkok solat kita,maka bengkoklah amalan yang lain. Jom, latih diri solat awal waktu. Rumahtangga yang sakinah bermula daripada ibadah yang sakinah juga.

Oh, tengok susu anak pun rasa terliur. Sedapnya kalau susu letak ais. Fuhhhhh!

BERSIH

BERSIH datang lagi. Fenomena yang mengalahkan Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak. BERSIH datang untuk mencuci daki-daki ketidakadilan yang bermaharajalela di negara masa kini. Kalau anda tidak suka BERSIH, bererti anda adalah PENGOTOR.

Apa pun tak boleh....

Wednesday, June 22, 2011

KELIRU

Ada blogger sarankan jangan gunakan nama Islam untuk sebarang tujuan commercialization dan competition. Sebagai contoh, dulu ada ura-ura nak buat kereta Islam tapi tak jadi sebab kalau ada apa-apa masalah teknikal atau ada orang buat perkara tak elok dalam kereta tu, nama Islam itu akan terpalit sama keburukannya. No,no, no. Saya setuju dan sokong 100% saranan blogger tersebut.

Saya ingin tegaskan juga bahawa blog saya ini bukanlah dijenamakan sebagai 'blog Islam' supaya apa-apa tulisan yang terkandung dalamnya sekiranya terdapat khilaf dan keburukan, salah itu diletakkan pada saya, tuan empunya sementara tertakluk kepada terma dan syarat (blog ini bukan keluarga I yang punya), Ummu Ziyad a.k.a Mrs. Jie bukan pada Islam. Harap maklum. Kepada blogger yang menggunakan nama Islam pada banner blognya, silalah pastikan isi kandungannya reflect the name. Jangan disebabkan salah penulis, nama Islam yang menerima tempias keburukannya. No, no, no.

Sama juga halnya sekiranya nama kita ada perkataan 'Islam', sila berkelakuan seperti yang sepatutnya seiring dengan Islam itu. Sedih kiranya nama Nurul Islam (sekadar contoh sahaja, kalau terkena batang hidung, saya minta maaf) tapi perangai haprak, jadi bohsia, hisap dadah dan sebagainya. Islam itu adalah satu kemuliaan. Jangan jatuhkan 'maruahnya' dengan angkara kita. Kepada yang bernama Nurul Islam (kalau ada), pastikan anda membawa 'cahaya Islam' itu sebagai satu kemuliaan dan pegangan yang sentiasa mengikut perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah.

Kebiasaan sekarang ini kalau diadakan majlis perkahwinan, pasti akan dimeriahkan dengan pelbagai tema. Ada tema 'English', tema 'garden', tema 'Bollywood', tema 'puteri kayangan' dan sebagainya. Manusia memang kreatif. Tapi ada satu tema yang saya dengar baru-baru ini iaitu tema 'Islam'. Sampai ke tahap itu kreatifnya kepala otak manusia. Satu hal lagi, bila dah majlis perkahwinan bertemakan 'Islam' sudah tentulah kita mengharapkan pengantinnya menutup aurat mengikut syariat. Bukan semasa bernikah saja pakai tudung tapi masa bersanding tudung jadi tudung saji. Yang tak enak mata memandang bila tema 'Islam' itu dicemari oleh sesi renjis-merenjis, menepung tawar mempelai. Kreatifkan manusia? Memasukkan elemen Hindu ke dalam Islam. Kalau ditegur karang marah. Kan dah pening para muallaf dan orang bukan Islam. Dah bertambah tugas ustaz/ah nak memberi penerangan dalam rancangan Tanyalah Ustaz/ah. Benda yang tak ada dalam agama saja diada-adakan. Memang kera-aktif tahap gaban.

Islam itu bukan tema atau pun jenama. Islam is the way of life. Kalau tak faham, Islam itu adalah cara hidup kita, pegangan kita, agama kita yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT untuk disampaikan kepada seluruh ummat manusia. Tema dan jenama akan pudar mengikut masa dan peredaran zaman tapi Islam akan tetap tidak berubah mengikut zaman. Sebagaimana Islam yang dibawakan mula-mula zaman nabi Muhammad itu, seperti itu jugalah Islam sampai ke hari kiamat nanti.

Ada orang tanya, "Kenapa taip SAW, taiplah S.A.W....dah lain maksud kalau orang baca".

Kata saya, "manusia ni memang kera-aktif tahap gaban. Benda yang tak ada diada-adakan. Malas nak layan".

BEZA

Suami dan isteri jika saling memandang dengan rasa cinta, gugurlah dosa-dosa kecil antara mereka.

Suami dan isteri jika saling berpegangan tangan, gugurlah dosa-dosa kecil antara mereka.

Suami dan isteri jika saling berpelukan, gugurlah dos-dosa kecil antara mereka.

Suami dan isteri jika berhubungan, beroleh pahala yang berlipat ganda buat mereka.

Dan Allah SWT akan sentiasa melimpah kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Tapi,

Bukan suami dan bukan isteri jika saling memandang dengan rasa cinta, bertambahlah dosa-dosa antara mereka.

Bukan suami dan bukan isteri jika saling berpegangan tangan, bertambahlah dosa-dosa antara mereka.

Bukan suami dan bukan isteri jika saling berpelukan, bertambahlah dosa-dosa antara mereka.

Bukan suami dan bukan isteri jika terlanjur melakukan hubungan terlarang, maka bertambah dosa-dosa besar anta mereka.

Jika tidak disertai taubat nasuha dan penyesalan, rumah tangga yang dibina dengan permulaan dosa akan dibelenggu dosa dan kucar-kacir tanpa bahagia selamanya.

Itulah bezanya.

Wednesday, June 8, 2011

REZEKI

"mengharapkan sesuatu jangan disandarkan pada kabel manusia, tapi sandarkan pada kabel yang lebih besar iaitu ALLAH SWT"- UMMU ZIYAD

Soal rezeki memang sukar untuk diselidiki kerana ia hanya diketahui oleh Yang Maha Memberi Rezeki. Usaha kita sebagai manusia adalah dengan berdoa seikhlas hati supaya suatu masa yang telah ditetapkan olehNya nanti, rezeki itu akan singgah juga dalam hidup kita ini.

Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Sesungguhnya, Allah itu sentiasa bersama hambaNya.

Duhai hati, bersabarlah! Rezeki itu bukan bergantung pada setinggi mana pengajianmu, sehebat mana dirimu, sekaya mana hartamu, sebijak mana akal fikiranmu tapi atas sifat Ar-Rahman dan AR-Rahim Allah SWT kerana kita adalah hambaNya.

Ayat-ayat buat melegakan hati.

Sungguh.

Allah yang memberi kita rezeki bukan resume kita yang panjang berjela dengan pengalaman kerja sini dan sana, aktif kokurikulum di mana-mana, kemahiran diri yang banyak.

Mungkin Dia sediakan sesuatu yang lebih baik buatku. Tapi, apa ya?

Ku menunggu
Menunggu rezeki yang terbaik dariMu

Amboi! Kalau rezeki nak yang terbaik. Kalau begitu, balasan ibadat sebagai tanda syukur pun mestilah yang terbaik juga. Ingat!!!