Saturday, December 31, 2011

TAHUN BARU


Assalammualaikum semua,

Malam ni ramai lah manusia keluar berpusu-pusu menyambut tahun baru. Tak kira bangsa. Ingatkan malam ni nak pergi countdown di Shah Alam sambil dengar ceramah Ustaz Azhar tapi nampaknya tak jadilah kot. Hari tu pergi ceramah UAI di Bangi pun, Subhanallah sangatlah ramai sampai parkir kereta dua tiga lapis. Mujur jugak boleh masuk menyelit di celah-celah manusia tanpa saling bersentuhan lelaki dan perempuan....Hehe...tapi konsert hiburan pun ada jugak macam biasa tiap-tiap tahun kalau sambut tahun baru. 9 Bulan akan datang, banyaklah kes-kes buang anak...artis-artis kan idola para remaja masa kini. Harap-harap ramailah remaja pergi dengar ceramah UAI malam ni supaya sama-sama mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT. Mak ayah apalagi, cuba check mana anak-anak kita nak pergi malam ni?...dengan siapa?

Malam ni InsyaAllah dua kali ganda ramailah kot. Peminat UAI ni boleh kalah Dato' Siti kot...dengan anak-anak yang masih kecil dan suka tidur dalam kereta, alamatnya boleh dengar konsert free of charge kat gegendang telinga para hadirin berupa irama tangisan anak-anakku malam ni...

Bila sebut tahun baru, pakatlah mereka cipta azam tahun baru. Padahal, azam 5 tahun lepas pun tak tertunai lagi. Siap dah tayang kat laman Mukabuku. Saya pun ada juga azam tapi biarlah azam diam-diam dalam hati. Biar Allah saja yang tahu. Kita ni manusia, memang boleh berazam tapi kena sandarkan pada Allah SWT. Hanya Dia yang dapat menunaikan azam kita. Tapi, pasang azam hok molek-molek lah jange hok maksiat ko gapo...Permulaan tahun dah buruk, nescaya sampai ke hujung tahun pun akan buruk jugak...

To be honest, tahun baru ke tak baru ker, hanya sekadar nombor macam usia kita juga. Bertambahnya tahun semakin dekatna kita kepada 'menemuiNya kembali'.

Saya ucapkan pada semua, semoga panjang amalan kita bukan saja panjang usia. Kalau usia panjang tapi ibadat tak ke mana, tak der maknanya lah kan.

InsyaAllah semoga Allah hidupkan kita dalam Islam dan matikan kita juga dalam Islam.

Tak apalah tak pergi Shah Alam malam ni, kita cari yang ada dekat-dekat rumah ni. Ilmu tak bergantung kepada ustaz.


Tuesday, December 27, 2011

ALHAMDULILLAH


Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah, tugas sebagai freelance translator dah bermula secara rasmi dua minggu yang lepas. Ada juga rezeki masuk. Syukur.

Respon kepada hasil terjemahan pun baik. Pelanggan puas hati dan suruh buat lagi...hehe

Alhamdulillah, kalau Allah SWT izinkan sesuatu perkara, segalanya akan jadi mudah.

So, kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan, cepat-cepat ambil peluang ni.

Seriously, saya buat bines ini bukan kerana untung semata-mata sebab tu kalau tengok bayaran yang dikenakan sangatlah murah bermula dari RM 1.50/satu halaman. Kat luar, paling kurang pun RM 5/satu halaman. I am more to helping each other. Tak semua orang dianugerahkan dengan kepandaian dalam semua bidang, not even me.

Semoga sambutan akan berterusan. InsyaAllah, semuanya terletak pada ketentuan Allah, usaha dan doa. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha saya ni.

Sunday, December 18, 2011

FREELANCE TRANSLATOR


Assalamualaikum semua.

New field to be explored.

Menghadapi masalah untuk terjemahkan artikel/tesis dan sebagainya dari BM-BI dan sebaliknya?

Atau mungkin anda rasa memeningkan kepala untuk terjemahkan artikel/tesis yang panjang lebar.?

Saya boleh membantu. Boleh sms ke 019-5704541 atau email ke aunichan@gmail.com atau guna bahagian komen di blog ini untuk sebarang pertanyaan.

Bayaran sangat berpatutan bermula dari RM2/page (applicable to student in IPT or elsewhere)


Semuanya di hujung jari saje...

Friday, December 9, 2011

AKHLAK YANG TERPUJI


Assalamualaikum semua,

Saya nak kongsi sesuatu.

1) Akhlak yang terpuji adalah produk dari akidah yang baik

- orang yang jaga solat, puasa dan ibadah-ibadah wajib yang lain, akhlaknya juga terpelihara
- kalau kita suka kutuk, maki orang lain, maknanya ibadah kita pada Allah tak menepati syarat dan mungkin kita tak ikhlas beribadah

2) Saidina Ali k.w berkata: "Apabila ada dua perkara dimilik oleh seorang manusia, bahagialah dia di dunia dan akhirat iaitu sabar dan syukur.

- dalam rumahtangga perlu ada dua sifat ini

3) Kalau Allah SWT tak sukakan seseorang, tandanya:

- dicabut rasa malu
- dicabut sifat amanah dari diri
- mempunyai sifat khianat
- tiada sifat rahmah (kasih-sayang) terhadap orang lain
- dilaknat Allah (Na'u zubillah)

4) Cara untuk pupuk akhlak terpuji dalam diri:

i) menuntut ilmu
ii) latih diri supaya biasa berakhlak baik cth, jangan marah-marah
iii) kawan dengan orang baik-baik

Petikan dari kuliah Tanyalah Ustazah di TV9 oleh Ustazah Nor Hafizah Musa.

Selamat beramal semua (lebih-lebih lagi buat diriku yang menaip)...



SAIDINA ALI DAN SAIDATINA FATIMAH..


Secebis kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra..

Usai mereka bernikah..

Fatimah ada mengatakan kepada suaminya (Saidina Ali).."Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..Dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."

Maka jawab Saidina Ali:"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"

Maka jawab Fatimah:"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."

Tidak salah bukan untuk mencintai..
Biarlah hanya sekadar dalam diam..
Biarlah hanya dari kejauhan...
Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya...
Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu..

P/S: Teringat pula kisah saya dan suami....Dulu tengok dia diam-diam dari kejauhan..Sekarang ada depan mata..Alhamdulillah

Cinta seorang wanita hanya untuk suaminya selepas cintanya kepada Allah dan Rasul...

Tuesday, December 6, 2011

LIDAH KENA GIGIT??...ADOI!!!

Assalammualaikum semua,

Okay. Jangan bikin panas tajuk di atas. Ini bukan blog politik walaupun kadang-kadang terselit juga isu-isu politik. Bukan juga blog hiburan yang memaparkan gosip panas.

Alkisah, musim kahwin semakin panas menjelang hujung tahun ni sebab cuti sekolah kan. Adik saya pun baru saja selamat jadi isteri orang secara rasminya. Jadi, artikel ni sangatlah baik untuk dijadikan panduan buat para pengantin baru dan lebih-lebih lagi pengantin lama macam saya ni. Orang yang dah bertahun-tahun kahwin pun kena banyak belajar hal-hal rumahtangga ni tau...So, layannnn....

Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Petikan dari buku 'Sedangkan Lidah Lagi Tergigit' (Sumber tiru dan lekat dari Blog Tokwan)..

P/S: rajin betul tokwan ni update blog dia setiap hari...

Thursday, December 1, 2011

TAMBAH TANGGUNGJAWAB?


Assalamualaikum semua,

Great job comes with great responsibility

Macam pernah dengar ayat ini tapi tak ingat kat mana dan tak pasti betul ker tak ayatnya. Main sedap sebut dan taip aje.

Kesimpulannya, dengan menggunakan ayat sendiri, semakin tinggi tahap kerja semakin tinggi juga tanggungjawab.

Masih segar dalam ingatan, dulu semasa menyambung pengajian di peringkat Master, memang banyak perkara yang perlu dilakukan sendiri. Bermula dari proposal sehinggalah ke tesis yang terakhir tapi ada juga bantuan dari supervisor (SV) secara langsung atau tak langsung. Misalnya, dari segi kaedah penyelidikan saya dapat rujukan dari proposal SV sendiri. Jadi, ada kemudahan di situ dari segi memahami dan mengetahui kaedah penyelidikan dijalankan atau lebih tepat lagi disebut sebagai research methodology. Semua dah ada depan mata yop.

Tapi, bila saya buat keputusan untuk sambung PhD, kenalah belajar berdikari. Dengan erti kata bersedia untuk 100% berdikari bermula dari menyiapkan proposal hinggalah ke tesis terakhir nanti (InsyaAllah). Tak tahulah bagaimana nak menghadapinya. Orang yang dah biasa disuap, bukan mudah nak menyuap sendiri. Pepatah sendiri. Kalau dah terbiasa dengan kaedah diberi maklumat, susah jugalah kalau semua maklumat perlu dicari sendiri. Yalah, nama pun PhD, kalau masih nak harapkan orang lain, tak ada maknanya belajar tinggi-tinggi sampai 100 tingkat sekalipun.

Itulah cabarannya. Yang penting sifat rajin wajib ada dalam diri. Palu gendang dalam diri. Sahut cabaran yang datang. InsyaAllah, alah bisa tegal biasa.

Akhir kata, jadikan kegagalan satu batu loncatan untuk berjaya. Kejayaan yang diperoleh selepas menempuh kegagalan yang sepahit kopi tak bergula akan menjadi manissss walau tanpa gula....

Allahumma yassir wa la tu'assir...

P/S: Orang lain di negara luar nak masuk sekolah pun susah atas kekangan wang ringgit, perang, kebuluran dan sebagainya tapi kita di Malaysia ni kalau ada peluang sambung belajar, belajarlah bersungguh-sungguh sampai jadi pakar dalam ilmu tersebut...Ingatan buat diri sendiri yang selalu lupa...

Tuesday, November 29, 2011

SEMUT YANG BERIMAN?


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Tiru dan lekat dari blog Tokwan (memang bukan tokwan saya)..

Salam maal hijrah buat semua. Semoga kita dapat berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik dari segi amalan dan sebagainya..insyaAllah

JANGAN JAJA MENANTU?


Kesian kawan mak yang sorang tu. Dulu dia asyik cerita nak dapat menantu orang senang. Orang hebat. Sekarang ni menantu yang dia puji langsung tak layan bila dia berziarah ke rumahnya", cerita ibu mertua saya pada saya suatu hari.

"Menantu dia kerja apa mak?", tanya isteri saya

"Dengar kata engineer", balasnya.

Saya hanya mendengar butir-butir bicara mereka sambil menikmati hidangan berbuka. Masih saya ingat ketika mula-mula berkahwin dulu, apabila orang bertanya kepadanya apa pekerjaan bakal menantunya, dia hanya menjawab "Tidak tahu. Tapi yang pasti kerjanya dok bagi ceramah".

Ketika itu kerjaya saya adalah sebagai seorang trainer di Kuala Lumpur, manakala isteri pula masih belum menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Pendapatan yang diperolehi tidaklah besar, tetapi cukup untuk menampung keperluan hidup pada ketika itu. Kerjaya biasa, tetapi cukup untuk membuatkan saya puas.

Kini giliran adik ipar saya pula bakal mendirikan rumah tangga. Soalan yang ditanya kepada ibu mertua juga adalah soalan yang sama. "Bakal menantu awak kerja apa?". Ibu mertua saya hanya mampu menjawab, "Dia buka perniagaan sendiri". Jawapannya ringkas tanpa dihurai panjang. Walaupun saya tahu bakal biras saya ini pendapatannya jauh lebih besar daripada seorang pegawai kerajaan, tetapi saya memahami mengapa beliau memberikan jawapan sedemikian.

Jawapan yang diberikan membuatkan teman-temannya terlopong. Mereka seperti kehairanan. Mengapa anak-anaknya yang diberikan pendidikan tinggi tetapi bermenantukan seorang peniaga. Manakala menantu pertamanya hanya seorang penceramah!


Kereta Sebagai Ukuran

Sudah menjadi kebiasaan apabila membincangkan soal menantu yang menjadikan kereta yang dipakai sebagai ukuran. Di canang ke sana sini, bahawa menantu mereka mempunyai kereta mewah. Bahkan ada yang tidak segan silu membanding-bandingkan kereta anak menantu mereka dengan menantu orang lain. Saya juga pernah dibandingkan dengan anak-anak jiran dalam soal begini.

Jawapan diberikan oleh saya mudah, "Saya tidak berkemampuan". Sememangnya tidak mampu dari sudut kewangan kerana masih banyak tanggungjawab yang harus ditunaikan. Hasrat untuk memiliki rumah sendiri dan menggenggam ijazah sarjana membuatkan saya dan isteri lebih berhati-hati didalam mengatur perbelanjaan. Berusaha mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung aktiviti dakwah yang dijalankan.

Bagi yang berkemampuan untuk memiliki tidak salah. Kenderaan yang terbaik diperlukan untuk ditungganggi. Seperti kata guru Ustaz Mahmud, "Andai ada teman mahu membeli kereta mewah kita perlu bersyukurlah. Besar tuahnya kerana kita yang tidak mampu untuk jadi penumpang".


Yang Di Bangga Tidak Ke Mana

Di dalam memilih menantu, usahlah kita terlalu berbangga dengan kekayaan yang dimilikinya sebelum kita mengetahui sejauh mana kekayaan hatinya. Seperti mafhum hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu:


Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: 'Kaya itu bukanlah bermakna banyaknya harta. Tetapi, kaya itu adalah kaya hati (mencukupkan yang ada).'

Biarlah bagaimana hebat pun menantu kita, biarlah kita sahaja yang mengetahuinya. Ini kerana kekayaan yang ditonjolkan secara zahir itu belum terbukti dari sudut batinnya. Dikhuatiri bakal menantu yang dipuji dan dipuja, menunjukkan sikap-sikap yang dingin selepas majlis perkahwinan.


Besederhanalah Dalam Membawa Berita

Seeloknya bagi ibu bapa yang bakal mendapat menantu, bersederhanalah dalam membawa cerita berkenaan bakal menantu kita. Janganlah dijaja kehebatan bakal menantu kita sehingga teman-teman jelik mendengarnya. Berpada-padalah dalam menceritakannya.

Orang tidak memandang kepada kekayaan harta, tetapi mereka lebih menilai kepada baik budi pekertinya. Jangan jadi seperti sesetengah orang, sudah terhantuk baru tergadah. Beringat-ingatlah sebelum kena, agar kegembiraan yang dikecapi tidak diakhiri dengan dengan air mata.

Tiru dan lekat dari blok Tokwan (bukan tokwan saya)...

Selamat pengantin baru buat adikku NurulHuda Munirah dan pasangannya Hizbullah..Semoga bahagia hingga ke syurga...

Monday, November 28, 2011

LAWA RAMBUT??



Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai apa?

Girl: Ustaz nak kenakan saya ker?

Ustaz: Taklah. Rambut anak perempuan saya yang kecil tu selalu jer kusut. Lagi-lagi bawah matahari. Benda yang awak pakai ni tahan matahari erk?

Girl: Oooo, saya pakai **** ustaz. Nak lagi lawa tambah **** sikit...Blalalal...Memang tahan matahari, tahan haba...

Ustaz: Oooo...agak-agak dengan bara api neraka tu tahan tak???

Girl: Gulrrpp...(air liur tersekat di kerongkong)...


Tiru dan lekat dari teman mukabuku..


Friday, November 25, 2011

ADA ILMU, TAPI TAK ADA ADAB


Assalammualaikum semua,

Dulu, beberapa bulan sebelum berkahwin, perkara yang harus diselesaikan oleh bakal pengantin seperti saya adalah urusan walinya. Bagi saya yang tinggal bersama ibu dan lama tidak bersua dengan ayah (allahyarham) ada kesukaran dalam urusan itu. Oleh yang demikian, saya perlu melakukan sedikit urusan dengan hakim mahkamah syariah. Dipendekkan cerita, saya dipanggil bertemu dengan hakim tersebut. Orangnya muda lagi dan sampai sekarang saya ingat namanya. Tetapi saya sedih dan marah bila saya disoal siasat seperti penjenayah. Hanya disebabkan satu hal yang saya tak maklum kerana tak ada ilmu tentang itu dan sebab itu saya merujuk kepadanya. Yang lebih menyakitkan hati bila hakim itu kurang ajar dengan ibu saya. Memang hati saya panas mendidih masa tu. Nama saja hakim syariah tapi perangai.....no good words to describe him. Sorry..

Semalam, kawan saya mengadu. Dia ada masalah dengan seorang pensyarah yang bertindak sebagai penyelia projek bagi Ijazah Tingginya. Mula perkenalan nampak okay dan mesra. Tetapi, lama kelamaan sikap pensyarah itu berubah kasar dan tak menghormatinya. Bahasa yang diguna pakai untuk berkomunikasi sangat menyakitkan hati. Dia sekarang rasa nak berhenti dan cuba cari tempat lain pula untuk sambung belajar. Saya faham kerana saya juga pernah melalui situasi sebegitu.

Dua kisah di atas hanya sekadar menceritakan beberapa kisah daripada beribu-ribu kisah yang ada di alam luar sana. Memang menghairankan bila orang yang layak digelar ilmuwan tapi tak ilmuwan dari segi adab. Kalau nak kata tak belajar agama, yang ada latar belakang agama macam si hakim tu pun sama juga feelnya. Kalau nak salahkan bangsa (kedua-duanya sebangsa dengan saya), saya pun tak pasti.

Slogan Budi Bahasa Budaya Kita tu hanya sekadar slogan. Realitinya tak diamalkan pun. Orang yang melaungkan slogan tu pun agaknya sama saja dengan yang lain. Saya sudah banyak kali terkena dan makan hati bila berurusan dengan orang ada ilmu tapi tak ada adab. Minta maaf tapi memang sangat tak respect kepada orang yang tak reti nak menghormati orang lain. Peganglah pangkat setinggi mana pun tapi seriously seorang makcik cleaner yang selalu senyum dan menghormati orang lain itu lebih mulia dari orang yang berpangkat besar tapi perangai....

Bagi yang pernah terkena, janganlah membalas sikap seperti itu juga kepada orang lain. Jadikannya sebagai pengajaran supaya suatu hari nanti bila kita mempunyai ilmu dan berada di kedudukan yang tinggi, kita seiringkannya dengan adab. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Tetapi ilmu tanpa adab ibarat buah pohon yangberbuah tapi buahnya busuk...uwekkk

Kepada kawan saya, kuatkan semangat demi menggapai cita-cita. Suatu hari nanti bila berjaya, jadilah seorang pendidik yang benar-benar mendidik bukan yang bangga dengan ilmu, gelaran dan sombong. Ingatan dan pesanan buat diri saya juga. Mudah-mudahan Allah SWT kurniakan pahala dan ganjaran atas kesabaran kita. Ilmu di dunia milik kekal Yang Maha Esa, kita hanya peminjam sementara biar sehebat mana pun kepakaran kita.

Kejayaan semanis madu memang perlukan usaha dan kadang kala persekitaran yang sepahit hempedu...

Bittaufiq wannajah to all...

P/S: Saya sangat menghormati seorang ahli akademik di sebuah universiti. Seorang yang ramah, manis dengan senyuman, sopan dalam pemakaian. Tuturnya lembut dengan sesiapa saja tidak mengenal status. Komited dengan tugas kemasyarakatan yang tak bergaji biar pun sibuk dengan kerja. Kalaulah semua orang yang berilmu seperti itu. Dialah role model saya dalam akademik. Siapa dia biarlah menjadi rahsia...Semoga saya dapat mencontohinya...

Tuesday, November 22, 2011

211111


Assalammualaikum semua,

Tarikh keramat ni datang lagi. Cantik jugak nombornya dan sangat signifikan pada diri saya kerana 27 tahun yang lalu seorang bayi perempuan comel telah dilahirkan di sebuah rumah di Kampung Belakang Pendang, Kedah pada 211184. Bayi comel itu adalah saya, jangan muntah kerana semua bayi dilahirkan secara comel semulajadi...hehehe...

211111...

I'm already 27 years old...3 tahun lagi nak masuk zon 3 series (bak kata orang). Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi untuk beramal. Meski amalanku masih tak bertambah-tambah sob..sob..sob..

Banyak perancangan perlu dilaksanakan. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Jika tidak dengan izinNya, I am nobody with nothing...

Terima kasih atas semua ucapan di mukabuku. Doakan semoga saya berjaya menggapai impian dan cita-cita.

Terima kasih Ya Allah kerana menciptakanku..Buat suami dan anak-anak. Terima kasih kerana berada di sisi ibu setiap masa tak kira susah mahu pun senang. I love you all...Buat mamaku, syukran kerana melahirkan anakmu ini....Buat adik-adikku, hadiahnya mana? Buat-buat lupa plak...

Fi amanillah...

Thursday, November 17, 2011

KEINDAHAN DUNIAWI

‎"Keindahan duniawi seorang lelaki ialah memiliki isteri yang sangat berbakti dan halus budi manakala kedamaian seorang isteri ialah memilki lelaki yang benar-benar suami pada budi, pekerti dan nilai diri. Suami pd isteri, abdi pada Ilahi." - Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Wednesday, November 9, 2011

SEJARAH BALIK KAMPUNG


Assalammualaikum readers,

Aidiladha tahun ni memang mencatat satu sejarah buat saya dan suami khususnya. Sejarah balik kampung.

Masa balik ke Jerteh hari tu, kami terpaksa tempoh perjalanan 18 jam melalui Gua Musang. Bertolak pukul 9 malam (Jumaat), pukul 3 petang (Sabtu) baru sampai. Puncanya kesesakan dan berhenti banyak kali sebab cik abang yang memandu mengantuk.

Masa balik ke Kajang, tempoh perjalanan 16jam melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Bertolak pukul 3 petang (Isnin), pukul 7 pagi (Selasa) baru sampai. Tak sesak tapi berhenti banyak kali juga sebab cik abang yang memandu mengantuk dan jarak perjalanan yang sedikit jauh sebab melalui Kemaman-LPT.

Inilah akibatnya bila si isteri menyimpan lesennya sebagai pekasam di dalam dompet.

Nak balik Jerteh jer tapi berbelas-belas jam macam nak pergi Amerika.



KERAS HATI



Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat - Tuan Guru Nik Aziz...


Oleh itu, lembutkanlah kembali hati kita dengan zikrullah, kuliah/usrah agama, ibadat wajib dan sunat dan sebagainya....

Friday, November 4, 2011

JANGAN TINGGALKAN AKU!!!


Taman itu,

Suatu ketika dulu

Menjadi tempatku menadah bunga-bunga ilmu,

Aku bagaikan bidadari yang dipayungi rahmat Ilahi

Hawanya lebih nyaman dari air condition jenama LG,

Syukur,

biarlah diterjah panas dan bahang dunia

dari menanggung panas seksa di akhirat sana

Itulah memori ku dulu

yang aku gamit kembali dalam kotak ingatan

Aku rindukan taman itu,

Taman yang banyak mengingatkan otak ku yang lupa,

Taman yang mencambah benih iman

yang tertanam dalam diri

Dibajai, disirami dan dimanjai dengan roh Islam yang suci

Aku merindui taman-taman syurga itu

yang dikelilingi dan didoakan oleh para malaikat

Jangan tinggalkan aku wahai taman kesayanganku...

...............................................................

Rindu pada halaqah usrah dan kuliah ilmu. Itulah manusia. Bila dah tiada di depan mata baru nak hargai...Semoga saya dapat kembali ke taman-taman syurga di dunia...


THERE'S ALWAYS A REASON


BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
...
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..


Tiru dan lekat dari status seorang teman mukabuku...

Apa saja yang kita dapat di dunia ini samada baik atau buruk adalah ujian...
Yang bersabar dapat pahala, yang tak sabar dapat bala...

Thursday, November 3, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG LABUH?


Assalammualaikum readers,

Dah lama saya berkira-kira nak menukilkan sesuatu berdasarkan tajuk di atas tapi asyik terbantut kerana kering idea. Minum air banyak pun idea kering juga bagai gurun sahara.

Tapi, alhamdulillah saya terjumpa satu artikel yang lagi power, lagi best dari Myvi baru tu yang boleh menceritakan dengan lebih baik perihal tajuk di atas pada pandangan si penulis. So, layan......

Suka dengan perumpamaan yang di berikan oleh Khairul Nizam Alais dalam tulisan nya. Tudung Labuh sebagai Safety Factor kepada muslimat. Tepat. Kekadang sukar juga bagi ummi untuk memberikan jawapan sekiranya di tanya dengan soalan sebegini.
InsyaAllah tulisan nya ini akan membuka kembali minda pembaca yang terkadang memandang selekeh kepada kami yang tampil dengan pemakaian sebegini.
InsyaAllah juga bermanfaat buat semua, dan terima kasih di atas keprihatinan dan jawapan yang baik dari Saudara Khairul terhadap aurat wanita.
----------------------------------------------------

“Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi?”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai.

"Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan boleh tak?", suara Azhan pantas mencelah.

Aku melihat jam pada tangan. 11.30 malam waktunya. Selalunya waktu sebegini sudah dikira lewat pada perkiraan manusia di negara burung Kiwi ini. Namun, aku kagum dengan semangat anak-anak muda Islam Auckland yang masih lagi hangat berbicara tentang Ad-Din ini di kala malam menuju usia pertengahannya.

"Silakan bro...tak ada hal punyalah.", jawabku.

"Abah, kenapa ada sesetengah orang perempuan pakai tudung yang labuh sangat. Kalau dah menutup dada itu dah kira ok la kan. Dalam Quran pun dah sebutkan kalau menutup itu biar sampai menutup dada. Buat apa nak pakai tudung besar-besar macam tu. Nampak macam..."

"Macam cendawan yang comel-comel warna merah tu?", sambungku memotong bicaranya.

"Haa? Cendawan? Kenapa cendawan?"tanya Ipin.

"Sebab kepala cendawan tu kan bulat dan labuh sampai ke separuh badannya."

Jenaka sepontanku disambut ketawa kecil adik-adik ini. Aku mencelah kerana aku tidak mahu perempuan yang menjaga kesederhanaan diri itu dilebel yang bukan-bukan. Cendawan yang comel mungkin berpada.

Aku diam seketika, memikirkan bagaimana caranya aku hendak meyakinkan adik-adik ini. Kesemuanya adalah pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan; manusia yang kebanyakan masa berhujah dengan logik akal dan prinsip-prinsip fizik.

“Semua dah ambil mata pelajaran Introduction to Engineering Design kan? Pernah tak dengar konsep Safety Factor?”

Aku memerhati kesemua mereka. Ada yang mengangguk dan ada yang menggelengkan kepala.

“Safety Factor ialah satu prinsip dalam rekaan apabila seseorang jurutera itu melebihkan sesuatu perkiraan kejuruteraan untuk mengambil kira faktor-faktor yang tidak diketahui demi menjamin keselamatan produk yang direka."

“Contohnya, dalam situasi mereka jambatan, perkiraan ketebalan pasak utama yang diperlukan adalah 50cm. Disebabkan ada faktor-faktor yang tidak dapat dikenal pasti sama ada kadar perubahan halaju angin yang mendadak, kadar pemendapan tanah yang berubah secara drastik akibat aliran air bawah tanah yang tidak menentu ataupun faktor-faktor lain, ketebalan pasak utama itu ditingkatkan sebanyak faktor 1.5. Maka, ketebalan yang akan digunakan ialah 75cm”, aku menjelaskan dengan panjang lebar. Biar panjang asalkan mereka faham aliran hujahku ini. Safety Factor dalam berhujah.

“Jadi Abah, tak ke over design kalau macam tu? Membazir namanya”, tanya Hairi.

“Tak, bro. It is an investment. Bayangkan kalau apa-apa yang terjadi pada produk yang direka dan dalam kes tadi ialah jambatan. Kalau jambatan tu runtuh, tidak ke kita yang rugi. Di saman, diheret ke mahkamah atas negligence dan silap-silap boleh di penjara. Lebih teruk kalau ada nyawa yang terkorban atas kelalaian kita. Macam mana kita nak jawab dengan family mereka. Jadi, dalam soal keselamatan tiada kompromi, bro”,terangku lagi.

“Siapa boleh teka industri apa yang paling tinggi dalam safety factor?”, aku sengaja menyoal untuk menguji adik-adikku ini.

“Oil and gas?”, teka Muiz dan yang lain hanya memandang Muiz untuk mengharapkan Muiz menjawab lagi dengan jawapan-jawapan rawak agar mengena sasaran. Aku hanya tersenyum memandang telatah mereka.

"Aviation industry, bro. Sesetengah rekaan menetapkan safety factor tertinggi iaitu faktor 4."

"Jadi, dapat kaitkan konsep safety factor dengan tudung labuh tadi?”

Aku dapat melihat mereka mengangguk-angguk kecil. Harap-harap itu tandanya faham bukan tanda mengantuk. Aku menyambung kembali peneranganku.

Memang memakai tudung, wajib labuh mentup dada. Tapi soalan yang diajukan Azhan tadi, "kalau sudah menutup dada, how labuh is 'labuh'?”.

Labuh sampai menyapu jalan atau bagaimana? Kadang-kadang, seseorang wanita itu dalam satu posisi yang apabila memakai hijab yang hanya menutup 'cukup-cukup', maka aurat yakni dada mereka mungkin terselak. Contohnya, sewaktu bersukan, membongkok untuk mengambil barang yang terjatuh di atas lantai and macam-macam lagi. Jadi, mereka melabuhkan lagi tudung mereka supaya tidak terselak dalam situasi-situasi yang tidak dijangka.Sama seperti safety factor juga, cuma yang berbeza adalah mereka menjamin keselamatan diri mereka dan orang lain dari azab api neraka. Kalau sudah menjaga keselamatan dari api neraka, itulah the highest safety factor."

"Macam mana, tidakkah cantik begitu?", satu retorik agar mereka berfikir.

Wallahua'lam.


Cendawan pun cendawanlah bro..yang penting comel. I feel gooooooood.....InsyaAllah, semoga para muslimah yang bertudung labuh sentiasa istiqamah dan selalu menambah ilmu.

Bahagia kerana Allah SWT.



Wednesday, November 2, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG?


Assalammualaikum readers,

Mutakhir ni ramai artis (kalau sebut artis semua kenal, kalau sebut ustaz atau ustazah tergaru-garu kepala) yang berhijrah memakai tudung. Kepada yang ikhlas berhijrah, saya ucapkan tahniah dan selamat kembali kepada fitrah (fitrah manusia adalah membuat kebaikan).

Tapi, kena ingat. Kita ni bertudung kerana apa?

Ada yang bertudung semata-mata kerana menurut perintah pemerintah sesebuah negeri (dalam iklan papan tanda pun pakai tudung). Ada yang bertudung semasa akad nikah di masjid atau rumah (dah jadi trend). Ada yang bertudung sebab jadi duta baju atau tudung. Ada yang bertudung kerana mengikut fesyen Hana Tajima??? (ikon fesyen tudung masakini katanya..apa-apa aje lah). Ada yang bertudung kerana..bla..bla..bla...macam-macam sebab.

Berapa ramai yang bertudung kerana menurut perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW? Angkat tangan!!!

Jangan angkat tangan tinggi-tinggi depan laptop tu. Kang orang kata gila. Nampak sangat riya' konon ikut perintah Allah. Angkat tangan dalam hati jer sambil bertafakur muhasabah diri dan hati diam-diam. Betul ker aku pakai tudung sebab Allah?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad kepda wanita-wanita Mukmin hendaklah mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutup dengan kain tudung mereka ke atas tempat yang terdedah dari bahagian atas dada mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka..." (Surah al-Nur, 24:31)

Saya malas nak berhujah panjang pasal tudung ni lagak seorang ulamak padahal ilmu pun paras buku lali jer. Semua orang dah sedia maklum. Saya cuma nak ingatkan semula buat diri sendiri dan semua.

Seriously, bertudung ni perlu seiring dengan ilmu. Bila dah betul-betul yakin dengan pendirian nak bertudung, silalah dalami ilmu agama untuk istiqamah dan maintain dalam menutup aurat dengan para alim ulamak yang arif dalam ilmu agama supaya kita betul-betul menutup aurat bukan balut aurat.

Jangan ambil artis sebagai ulamak...ikut artis ni, artis tu...artis tu pakai tudung pakai baju ketat boleh? artis tu pakai tudung serkup kepala jer boleh? artis tu pakai tudung peluk, salam lelaki bukan mahram boleh? Apasal aku tak boleh? Bila masa artis tu jadi ulamak yang kita kena ikut dalam bab-bab menutup aurat ni...adoi!!

Cuba tengok dan baca ayat al-Quran dari Surah an-Nur di atas. Kita disuruh memakai tudung menutupi dada. Kalau pakai tudung Ariani ker tudung fesyen Hana Tajima ker tudung Waheeda (nama tudung) ker tudung Mawi (nama tudung jugak padahal...) ker tudung Bawal (sampaikan ikan pun pakai tudung) ker tudung Ekin dan sebagainya, pastikanlah tudung tu tutup bahagian depan. Itu baru betul-betul ikhlas tutup aurat, bukan sebab ikut fesyen artis yang bukan ulamak tu.

Kalau betul ikhlas nak tutup aurat, tudung tak perlulah dikepit bahagian belakang macam Rahib perempuan dalam agama Kristian tu jer. Tak perlulah nak tunjukkan leher yang jinjang tu. Takut tak dapat pahal bertudung, dapat dosalah pulak. Adoiii!!!...

Kalau betul-betul ikhlas nak bertudung, tutup aurat, buatlah seperti yang telah disuruh oleh Rasulullah SAW dan perintah Allah SWT. Selalulah tanya diri kenapa aku bertudung, tutup aurat? Itu pentingnya ilmu agama supaya kita tak tersasar dari panduan yang sebenarnya. Internet ada, TV ada, tak ada alasan lagi kalau tak nak menuntut ilmu agama.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Korban, mari kita sama-sama selidiki adakah kita sanggup mengorbankan keinginan berfesyen yang menghampiri konsep tabarruj (berhias berlebih-lebihan) atau membiarkan diri kita dikorbankan oleh fesyen lalu tidak mendapat sebarang pahala dan ganjaran.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

Rasa bahagia bila semuanya dilakukan kerana Allah SWT.

Thursday, October 27, 2011

ADAKAH INI REZEKIKU?


Assalammualaikum readers,

Tajuk ala-ala novel gitu...

Alkisah, beberapa hari yang lepas saya chat dengan seorang senior USM, Nibong Tebal, Kak Salsaliah a.k.a Kak Yah, yang dah lama tak jumpa. Dia pun baru saja konvo Master baru-baru ni di UKM. Unfortunately, sampai sekarang masih menganggur juga macam saya. So, sijil dan ijazah bukan penentu mutlak kepada rezeki seseorang, OK! Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Tap, tak bermakna kita kena putus asa, bahkan kita perlu berusaha mencari jalan lain. Sambung belajar tu pun salah satu usaha untuk mencari rezeki.

Disebabkan dah lama tak dengar perkembangan darinya jadi saya tergerak hati nak tanya. Tak sangka pula dia jawab nk sambung PhD di UKM. Dia dah pun dapat tajuk untuk bakal projeknya tu. Wah, sangat pantas bertindak Kak Yah ni. Saya pun ambil kesempatan berbual dan bertanya banyak-banyak pada Kak Yah segala gerak kerjanya yang sangat mengujakan itu sebab saya pun tiba-tiba dapat semangat untuk sambung belajar ke peringkat yang seterusnya juga.

Khabarnya hari ni dia akan jumpa dengan supervisor dan co-supervisornya untuk bincang pasal research proposalnya supaya dia dapat apply MyBrain secepat mungkin. Wah, sekali lagi teruja. Kalau nak tahu, MyBrain tu adalah satu skim biasiswa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu siswazah tidak berpendapatan tetap atau menganggur menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Bagus, kan. Kenapalah tak dibuat dari dulu lagi? Kalau nak tahu lebih lanjut tanya saja pada abang Google yang suka membantu.

Kemudian, saya beritahu pada suami hasrat untuk menyambung belajar dan dah tentulah dia menyokong. Sebelum ini pun dia selalu galakkan saya sambung belajar tapi saya yang tak mahu kerana nak cari pengalaman bekerja dulu. Allah lebih tahu. Mula-mula saya berhasrat nak menyambung di UKM tapi setelah berbincang dan atas nasihat suami, saya tukar rancangan ke UPM. One of the reason is because dia kenal dengan dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia UPM yang sangat mesra dengan orang (hopefully it's true).

Suami yang bersemangat mengalahkan saya, tolong email dan hantar resume saya pada dekan tu dan tanya kalau-kalau nak ambil student PhD. Dalam masa beberapa jam, dia balas email dan bagi tiga research title yang relevan dengan bidang saya untuk dipilih. Alhamdulillah, terima kasih abang kerana membantu.

Setelah mengkaji serba sedikit secara umum bagi setiap tajuk penyelidikan yang dicadangkan, saya jadi serba salah dan keliru nak pilih yang mana satu. Okay, rasanya perbincangan dengan pihak ketiga (suami sayalah, siapa lagi) dan istikharah pada Allah sajalah yang saya harapkan untuk membantu saya membuat pemilihan. Based on previous experience, kalau tersilap pilih, bahana dan derita yang menanti sepanjang jalan. Na'uzubillah. Ya Allah, aku mohon petunjuk dari Mu. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya saya beroleh satu keputusan yang baik, ya.

Oleh itu, baiklah kiranya saya memasang niat untuk lebih tekun dan gigih menimba ilmu yang bermanfaat supaya dapat diaplikasi dan digunakan untuk membantu membangunkan negara dan masyarakat kelak. Saya perlu menjadi seorang pakar Islam yang arif dalam ilmu pengetahuan seperti al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Razi dan tokoh-tokoh sarjana Islam yang lain untuk maslahat ummat. Umat Islam masih tandus dengan kepakaran, bukan kerana kekangan agama tapi kekangan sikap yang ambil mudah akan semua perkara. Saya juga tak terkecuali. Mudah-mudahan ini adalah peluang yang Allah SWT kurniakan untuk saya perbaiki kesilapan yang lalu dan mendalami ilmu-ilmu yang baru.

Make past mistakes as future lessons - Ummu Ziyad

P/S: Kalau Kak Yah yang beranak tiga (Yang bongsu umur beberapa bulan) bersemangat nak sambung belajar, saya yang anak dua ni pun perlulah menyahut cabaran, kan. InsyaAllah.

Bukan glamer ijazah sarjana PhD yang saya cari tapi ilmu yang hakiki. InsyaAllah....

Thursday, October 20, 2011

BIJAK SANA, BIJAK SINI WAL BIJAK SINUN....???


Hari ni dalam FB, saya dapat tahu seorang profesor yang terkenal seantero malaysia kerana kebijaksanaan dan kelantangannya telah digantung dari tugas di sebuah IPTA. Ujian buat dirinya. Akhir zaman ni menyatakan kebenaran tu sangatlah tidak disukai oleh orang kebanyakkan. Sebab itu pepatah Arab ada menyebut, "qulil haq walau kaa na murron"...katakanlah yang benar walaupun pahit.

Ironinya, kalau nak menjadi orang baik, akan selalu ada pengacaunya samada syaitan atau manusia. Sayangnya, ahli akademik yang bertaraf profesor, punyai pelbagai kajian ilmiah yang berguna kepada masyarakat dan negara tapi ditewaskan oleh ketidak adilan.

Jadi, jangan hairan dan sibuk-sibuk nak tanya bila institusi pengajian di Malaysia ni tak ada satu pun yang boleh lawan atau setanding dengan institusi pengajian luar negara. Di negara ni tak ada kebenaran, yang ada cuma bodek, ampu, puji dan sebagainya. Sebab tu selalu dok di tangga bawah ranking.

Dalam bidang kajian, sesuatu kajian itu haruslah dibuktikan kebenaran berdasarkan fakta, angka, bukti yang menyokong dan sebagainya sebelum diterbitkan untuk tatapan pembaca dan ahli-ahli akademik yang lain sebagai panduan dan bimbingan. Namun, realitinya tidak begitu. Kepalsuan itu lebih dijunjung dan diagungkan.

Tak mustahil kita tidak akan tersenarai lagi dalam mana-mana ranking dunia selepas ini.

Disebabkan ketidakadilan seperti inilah, mahasiswa rata-rata memencilkan diri dari isu semasa. Politik tidak diambil peduli. Siapa yang memimpin tidak diambil pusing. Asalkan duit masuk kocek setiap bulan dan dapat ijazah di hujung pengajian.

Kalau tak percaya, cubalah tanya siapa Yang Dipertuan Agung Malaysia sekarang? Pasti ramai yang tewas dalam memberikan jawapan.

Bicara MAHASITUA...



Wednesday, October 19, 2011

ANJING LEBIH MULIA


Saya ada terbaca satu blog. Kisah seekor anjing yang dibuang ke tengah laut oleh seorang makhluk bernama manusia. Maka, datanglah beberapa orang manusia lain menyelamatkan binatang yang malang itu dengan perasaan penuh haru.

Di FB, ramai meng'forward' link video Youtube seorang kanak-kanak dilanggar lori tapi tidak diendahkan oleh sesiapa untuk dibantu. Saya tak tengok kerana saya tahu pasti peristiwa itu akan menghantui diri saya sampai bila-bila. Sebabnya, saya pernah lihat video 5 sekeluarga dihanyutkan oleh air terjun yang sebak tiba-tiba kerana hujan. Sampai sekarang saya terbayang-bayang peristiwa itu dan rasa takut kalau pergi kawasan air terjun.

Di akhbar, gempar kisah seorang ibu muda mengelar anaknya yang baru dilahirkan. Tersiat-siat hati bila terlihat gambar-gambarnya. Aduh! Saya tak boleh bayangkan bayi itu menangis kesakitan. Memang kejam. Anak kena gigit nyamuk pun hati ibu rasa tak tenang. Ramai salahkan perempuan malang itu sedangkan lelaki yang menjadi penyebab sedang bersuka ria dengan gadis-gadis lain pula.

Kisah-kisah sebegini bukanlah asing dalam dunia hari ini. Sangat banyak. Lihat saja berita di TV dan akhbar. Setiap hari pasti kita dihidangkan dengan berita jenayah sadis seperti dibunuh, dirogol, merompak, mencuri, meragut dan sebagainya.

Selagi mana undang-undang yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tidak dikuatkuasakan, selagi itulah kita akan terus disajikan dengan berita-berita seperti ini. Mohonlah perlindungan dari Allah SWT supaya ahli keluarga dan sahabat handai kita dijauhkan dari perkara-perkara buruk seperti ini.

Dalam kalangan binatang tak ada manusia tapi dalam kalangan manusia ada binatang.

Nampaknya nyawa seekor anjing itu lebih mulia dari nyawa seorang manusia.