Alhamdulillah, tepat jam 2.14 pagi bertarikh 25 Julai 2010 lahirlah anak kedua kami iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kontraksi bermula pada pukul 7 petang (24 Julai 2010). Saya dimasukkan ke wad buat sementara waktu pada hampir pukul 11 malam kerana bukaan rahim baru mencapai 3 cm. Pukul 1 pagi (lebih kurang) bukaan rahim sudah 4 cm dan saya terus dihantar ke dewan bersalin. Pagi 25 Julai bersamaan 13 Syaaban, saya selamat melahirkan puteri kedua kami sambil ditemani suami.
UMMU AUNI BINTI ZARIZI
Semoga lahirmu menambah ceria dan bahagia kita sekeluarga. Semoga menjadi penawar hati dan penyejuk mata ibu dan abi yang solehah.
salam kak umi, alhamdulillah dan tahniah! Semoga ummu auni jadi anak yang solehah, (^_^) Suka nama dia sebab dekat2 dengan aini...he...apa maksud auni kak?
ReplyDeletesalam aini..
ReplyDeleteauni maksudnya kelembutanku..
semoga jadi lembut mcm aini...heheh
salam kak ummi...
ReplyDeletetahniah utk 2nd baby ni...comel nama tu..msti comel jgk bakal mujahidah nih...insyaAllah...
tringt nama auni sama nama ngn anak sedara aiza..=)
salam rai,
ReplyDeleteterima kasih byk2..kalau berkesempatan silalah dtg ke rumah heheh...
amin...semoga menjadi mujahidah yang lebih baik dr ibunya...
walaupun sama nama tapi x serupa wajahnya....hiiiiii
tahniah buat En. Zarizi dan isteri.
ReplyDeleteterima kasih En.naim
ReplyDeletealhamdulillah. tahniah kak ummi wpn terlewat wish..=)
ReplyDeletebest nama tu..sape yg bg ye?
tq naimah
ReplyDeletewalaupun auni dah 20 tahun, pun masih belum terlambat untuk wish...
nama tu gabungan idea ibu dengan abinya yang membuka pelbagai kitab (konon)..hehe