Kalau dah sebulan tinggalkan rumah, mesti bersawang-sawang lelangit rumah tu. Habuk dan debu pun mungkin dah bertempek-tempek berkilo-kilo atas lantai, almari dan segala barang rumah. Barang-barang dapur pula kalau barang-barang basah seperti sayur-sayur, ikan, ayam dan sebagainya dalam peti ais memang keras macam batu dan lembik, busuk dan layu dimamah suhu sejuk peti ais. Menjadi makanan bakteria saja.
Mujur laman sesawang tak bersawang macam rumah kalaupun sebulan ditinggalkan. Kalau tidak tak ada siapa nak datang ziarah. Semakin menjadi-jadi pula rasa loya tekak saya ni sejak kebelakangan ni. Sebut ayam golek, ayam panggang ker atau makanan-makanan yang sedap pun rasa tak selera. Fikir pasal makan jer mulalah meloya tekak saya ni. Aduh...Sabar..sabar.
Minggu ni satu kerja apa pun tak dapat nak buat. Asyik terbaring saja atas tilam bertemankan Ziyad. Dia tidur, ibu dia pun ikut tidur.Tapi hari ni, kena juga datang ke USM sebab banyak kerja tak siap lagi. Ingatkan tahun ni dah boleh habis tapi tahun depan jugaklah nampaknya. Cobaannnnn....
Selamat bekerja dan melayan kondisi diri yang mengada-ngada sikit ni untuk jangka masa beberapa bulan lagi...Banyak benda nak cerita tapi sampai sini dulu. Jumpa di posting akan datang...

salam...
ReplyDeletekak ummi, tak sihat ke??
knape?
ziyad nak dapat adik ke??
hihihi
salam kak ummi
ReplyDeletewah...kak ummi, ziyad dah nak dpt adik ker?
xper kak, kalu x grade thn ni, kte grade sama yer....=)
salam adik2 ku
ReplyDeletegitulah nampaknya....uhuk2...master x abis2 lg anak plak yg bertambah..hehe
tahniah kak ummi.....
ReplyDeletebest la ziyad, dah nak ada kawan x lama lg....=)
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteAlahamdulillah, razki mina-Allah tu. Turun dengan pelbagai cara. Peace!!