Thursday, July 26, 2012

PENGUMUMAN

Assalammualaikum,

PENGUMUMAN!!!!  PENGUMUMAN!!!!

Alhamdulillah, saya sedang menjalankan perniagaan online.

Kalau anda adalah peminat IKAN PEKASAM (gelak??? ada tau peminat ikan pekasam), bolehlah melawat Fanpage Facebook Ikan Pekasam Ori Sik dan ajukan sebarang pertanyaan dan tempahan di page berkenaan. Kalau anda tak pernah makan ikan pekasam dan berani nak mencubanya, ini adalah pilihan yang terbaik buat anda, pasti tak menyesal, InsyaAllah. Yang dah biasa makan, percayalah inilah pekasam yang terbaik yang pasti menepati citarasa anda.

Kalau anda ingin mendapatkan jubah moden dan abaya hitam (isteri/ibu/kakak/adik perempuan/anak perempuan), jubah untuk lelaki (suami/ayah/abang/adik lelaki/anak lelaki etc), tungku moden magnet (khas untuk wanita selepas bersalin), tikar evamatic dan non-evamatic (ada pelbagai design yang membuatkan anda rambang mata untuk memilih), silalah berkunjung ke kedai kami di Zaitunrofie Onlineshop sekarang!!!

TUNGGU APA LAGI, JOM SINGGAH SAT...

Wednesday, July 25, 2012

OKB

Assalammualaikum,

OKB stands for what? Orang Kaya Baru...so materialistic...

Cuba kita tukar, OKB = Orang Kaya Beriman @ Orang Kaya Bertaqwa..much better, kan..Sejuk hati..

Di kawasan Kajang, Bangi ni rupa-rupanya ramai OKB (Orang Kaya Bertaqwa/Beriman). Kenapa saya kata macam itu? Kadan-kadang kalau berkesempatan ke masjid atau surau di sekitar dua kawasan ini, rata-rata jemaahnya datang menaiki kereta mewah, Mercedes Benz, Toyota Hilux, Honda Civic, Jaguar pun ada...Malunya kalau orang miskin dan sederhana maca kita ni malas ke masjid/surau.

Untuk apa kita gali kekayaan yang melimpah-ruah kalau kita sombong untuk ke rumah Allah? Pakai kereta Kancil tapi sibuk dengan hal dunia sebab itulah tak kaya. Cuba tengok OKB yang selalu pergi masjid berjemaah, sudahlah kaya, beriman dan bertaqwa...Syurga dunia dah dapat, syurga akhirat pun dah selangkah kakinya...MasyaAllah...Saya pun nak juga jadi  macam itu...

Bulan Ramadhan ni, alhamdulillah saf jemaah sampai ke pintu belakang masjid walaupun saf solat Subuh sampai satu/dua tiang masjid saja. Terbalik kan kita ni, dah jadi satu adat. Bila datang Ramadhan, berbondong-bondong muslimin/muslimat ke masjid nak solat terawih. Padahal, itu sunat saja buat di rumah pun tak apa. Yang penting solat wajib itu yang perlu lebih diimarahkan. Tapi, tak apalah...at least mereka datang mengimarahkan masjid di bulan mulia. Semoga dapat istiqamah di bulan-bulan seterusnya. Yang tak solat langsung tapi puasa tu lagi teruk kot. Puasa untuk siapa agaknya??????

Jom, kita jadi Orang Kaya Bertaqwa lagi banyak harta lagi dekat kita kepada Sang Pencipta...berkat rezeki kita....

HAPPY BIRTHDAY 'AUNI

Assalammualaikum,

My lil' princess Ummu 'Auni is already 2 years old. Happy birthday my sweet dear. IBU loves you so much. May Allah SWT give a lot of happiness for you dunia and akhirah. Be a good muslimah...



Dah pandai nak main game kat handphone...aii my daughter!!!

Friday, July 6, 2012

AL-FATIHAH....

Assalammualaikum,

Dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali...

Jumaat yang lalu, saya kehilangan seorang sahabat baik yang telah kembali ke rahmatullah. Baru saja tadi, saya mendapat berita yang bapa saudara (sebelah suami) di Jerteh meninggal dunia. Ya Allah, mereka tidak sempat bertemu dengan Ramadhan. Pergi mereka juga pada hari yang baik, InsyaAllah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa Ayah Long dan tempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan dikurniakan husnul khatimah. 

Apakah kita sempat menyambut kedatangan Ramdhan?, hanya Dia saja yang tahu...

Al-Fatihah buat Ayah Long....


Tuesday, July 3, 2012

DOA BUAT ANAK-ANAK

Assalammualaikum


Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan ? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan .. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah kemudian.

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =) 

Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi di blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

"Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum." Nabi Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 10 pahala." Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. "Assalamualaikum wa rahmatullah." Nabi Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 20 pahala." Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; "Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh." Nabi Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 30 pahala." 


Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi.