Tuesday, February 7, 2012

SANAH HELWAH MY SON


Assalammualaikum,

6/2/12

Anakanda kami Muhammad Ziyad a.k.a Abang Long dah genap 3 tahun, with a simple celebrated birthday with Abi, Ibu, Ummu 'Auni a.k.a Kak Ngah and Mak Njang (housemate baru hehe)...

Semoga menjadi anak yang soleh.

Abang Long, dah masuk tiga tahun so kena kurangkan minum susu botol yer. Ibu dan abi kena ajar Abang Long membaca, mengira dan mengaji selepas ni.

Let's do the best. okay!!

Be a strong, independent boy, no more crying...

Love Abang Long...

Sunday, February 5, 2012

SOLLU 'ALA AL HABIB



Assalammualaikum,

Mengucapkan salam itu juga sunnah Nabi SAW.

Seorang wanita bertanya kepada kanak-kanak di sekelilingnya tentang CINTA. Lalu, ada seorang anak kecil bertanya, "Cinta tu kan untuk orang dewasa saja". Tapi, wanita yang berperanan sebagai pendidik itu menafikannya.

Seorang anak kecil lain membalas, "Saya tahu, Cinta pada Allah".

"Pandai", kata pendidik wanita itu.

Yang lain menjawab secara bergilir-gilir.

"Cinta pada Nabi Muhammad SAW".

"Cinta pada semua Rasul".

"Cinta pada mak dan ayah".

"Cinta pada masjid".

Wanita itu tercengang lantas bertanya, "Cinta pada masjid?".

"Cinta pada masjid akan melahirkan apa yang kawan-kawan sebut tadi", kata si anak kecil itu petah.


Ini saya dapat dari iklan CINTA MASJID di TV al-Hijrah. Menarik bukan? Biar pun anak itu mungkin menghafal skrip tapi ianya akan sentiasa berada dalam ingatannya sampai dia dewasa nanti. Lebih baik dari seorang anak menghafal lagu Awan Nano dan menyanyi-nyanyi bersama-sama ayah dan ibunya secara berkaraoke.

Memang betul, cinta pada masjid itu akan menyemarakkan rasa cinta kita kepada Allah yang paling utama, cinta pada Rasulullah, cinta pada semua Rasul, dan cinta pada ibu dan ayah, cinta pada keluarga, cinta pada agama dan sebagainya.

Itu juga salah satu sunnah Nabi SAW tetapi semakin terhakis dikikis kesibukan yang tak berkesudahan.

Andai kita benar-benar cintakan Rasulullah SAW, ayuh binalah kekuatan dalam diri untuk melaksanakan sunnahnya..



Serulah kepada Allah SWT dalam doa setiap kali selepas solat supaya Dia jadikan kita seorang muslim yang dekat dengan rumahNya (masjid atau surau), halaqah ilmu, taman-taman syurga di dunia (kuliah ilmu), seorang muslimah yang tegar menutup aurat secara sempurna, muslim dan muslimah yang sentiasa solat di awal waktu, yang berakhlak mulia dan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan al-Quran sebagai panduan, yang hidup dan mati kita dalam Islam yang mulia.

Hakikatnya, kita masih jauh untuk mengaku cinta pada Allah dan RasulNya kerana kita jauh dari mengamalkan sunnahnya secara total. Kita masih belum sempurna menutup aurat, tidak jujur dalam menjaga harta orang lain, mengamalkan rasuah, tidak solat seikhlas hati, tidak menunaikan zakat sekiranya mampu, hidup mewah yang berlebih-lebihan, saling bermusuhan dan dendam-mendendami antara satu sama lain dan sebagainya. Apakah kita layak untuk meraih syafaat dari Rasulullah saat berada di Mahsyar dalam bahang panas yang berjuta-juta kali lebih panas dari matahari dunia menanti penilaian amalan kita di dunia?

Serulah kebaikan itu datang dalam diri supaya kita menjadi Islam yang sejati bukan Islam warisan yang diturunkan kepada kita dari nenek moyang kita.

~Bahagia hidup kerana bertunjangkan kepada Allah, indah hidup mengamalkan sunnah Rasululah~

SALAM MAULIDUR RASUL

Allahumma solli 'ala Muhammad