Sunday, May 8, 2011

BUATMU

Saya masih ingat lagi masa saya dan adik-adik masih kecil lagi, pernah kami beberapa kali makan nasi berlaukkan telur dan sardin sahaja. Selalunya bila tiba pertengahan bulan. Bayangkan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai seorang guru perlu menyara sembilan orang anaknya yang kesemuanya masih bersekolah, masih memakai lampin, dan masih perlu minum susu. Banyak belanjanya.

Selamat Hari Ibu buat mama, Puan Zaitun Hj Rofie. Jasamu takkan dilupakan.

Semoga hidupmu hari ini lebih bahagia. Sayang mama...