Thursday, February 24, 2011

PEMIMPIN OH PEMIMPIN

Bersempena pilihanraya kecil yang akan diadakan di Merlimau dan Kerdau dan juga pilihanraya umum yang akan diadakan pada beberapa tahun akan datang, saya inginkan nukilkan sesuatu buat mereka yang bakal atau sedang menjadi pemimpin. Wahai pemimpin dan bakal pemimpin negara dan negeri, layanlah nukilan saya yang tak seberapa ini.

Aku ingin mencari pemimpin
yang tidak bermewah dengan harta
dan hidup bersederhana

Aku ingin mencari pemimpin
yang tidak menambah koleksi kereta
macam beli ikan di pasar hari
dari Porsche hingga ke Ferrari
tapi hanya cukup dengan Saga

Aku ingin mencari pemimpin
yang mahligainya sederhana
sama seperti rakyat biasa
bukan mahligai bernilai juta-juta
kemudian disiasat oleh SPRM
sebab didakwa rasuah aiyaaa

Aku ingin mencari pemimpin
yang pakaiannya mencerminkan akhlaknya
kalau perempuan
menutup aurat mengikut perintah Yang Maha esa
bukan kerana mengikut gaya semasa
bukan yang bersolek mengalahkan model antarabangsa
tapi tata tertibnya indah
seperti serikandi islam dahulukala
ada? ada? ada?

Aku ingin mencari pemimpin
yang pakaiannya mencerminkan akhlaknya
kalau lelaki
yang berkopiah dan berserban di kepala
sebab itu sunnah Nabi SAW maaa
Bukan yang pakai seluar pendek
walaupun sekadar nak sepak bola

Aku ingin mencari pemimpin
yang mesra dengan rakyat
setiap masa dan setiap ketika
bukan tunggu nak pilihanraya
baru nampak batang hidung dan muka

Aku ingin mencari pemimpin
yang kalau menghadiri apa-apa acara
tidak kiralah rasmi atau saja-saja
yang tidak mengada-ada
berprotokol sini dan sana
berhampar permaidani merah
berbunga manggar dan berkompang sebagai syaratnya
bikin orang kampung pening kepala

Aku ingin mencari pemimpin
yang boleh datang jumpa bila-bila
tak perlu nak ber'appointment'
macam nak jumpa raja
yang datang hanya orang kampung biasa
datang pun bukan sebab suka-suka
tapi datang nak aju masalah di dada
nak cari kot-kot ada penyelesaiannya

Aku ingin mencari pemimpin
yang kenyang bersama rakyat
yang makan bersama rakyat
yang minum bersama rakyat
yang hidupnya tak ada beza dengan rakyat biasa

Aku ingin mencari pemimpin
yang jujur dengan harta rakyat yang dipimpinnya
yang tak makan rasuah macam makan gula-gula
pendek kata ikut sunnah Nabi SAW semuanya
walaupun tak berjaya ikut keseluruhannya
tapi dia mencuba sedaya upaya
menjadi pemimpin yang terbaik
untuk membela rakyatnya

Aku ingin mencari pemimpin
yang bila dia berkata-kata
akan membuatkan aku takut
dan menambah rasa taqwaku pada Allah
yang berjaya mentarbiah anak isterinya
supaya taat beribadah dan menutup aurat

Di dunia hari ini
Adakah lagi pemimpin seperti Khalifah Umar al-Aziz
yang hidupnya sederhana walaupun bergelar raja
tidak menggunakan harta rakyat seperti hartanya
walaupun sekadar nak membeli perhiasan kepada isteri tercinta

atau seperti Khalifah Umar al-Khattab
yang singgahsananya di bawah pokok tamar
bajunya compang-camping
bertampal di mana-mana
tapi melaksanakan tugas dengan adil dan saksama

Wahai pemimpin
Ingat!!!!
kamu mungkin glamour dan disanjung di dunia
tapi kamu mungkin sengsara di akhirat sana
kerana menjadi pemimpin itu
amanah yang paling berat di dunia

Andai kamu menjadi pemimpin
Pemimpin sebeginilah kamu perlu jadi
kalau tidak jangan harap aku nak undi

Lu pikirlah sendiri...