Tuesday, January 21, 2014

Apa yang kita baca, itulah diri kita kan..

Assalammualaikum,

Amboih, lama tak mai sini..berhabuk-habuk dah blog saya ni..Sibukla konon..

Saya nak kongsikan post seorang kawan..


Adakah wanita Melayu Malaysia ingin ‘tertidur’ a.k.a. ditiduri?

Maaf jika agak provokatif tapi buktinya banyak.


Mungkin trend ini mula jelas kelihatan sejak pelancaran filem pecah panggung ‘Ombak 


Rindu’ lagi. Dengar kata keuntungan daripada filem tersebut lebih RM 4 juta selepas empat 


hari sahaja tayangan. Sebahagian sinopsis filem 'Ombak Rindu': Setelah ditinggalkan


 pakciknya, Izzah dinodai oleh Haris. Sejak itu, bermulalah kisah hidup mereka berdua.


Haris merupakan lelaki pertama yang telah meragut kesucian Izzah dan Izzah telah merayu


 agar Haris tidak meninggalkannya sedemikian rupa. Izzah telah merayu kepada Haris agar


mengahwininya dan berjanji tidak menuntut sebarang hak sebagaimana isteri yang lain.

(http://www.sukacuka.com/2011/12/ombak-rindu-review-sinopsis/Ini belum lagi dikira unsur erotika dalam 'Ombak Rindu'.


Kini drama terbaru di TV3 ialah drama 'Ariana Rose'. Sebahagian sinopsis drama terkini 


'Ariana Rose': Masih di Cameron Highland, Ariana bermain dengan perasaan sendiri 


bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Adam pula 


sedang mengira2, siapa wanita yang ditidurinya 3 bulan lepas.


(http://kepalabergetar.blogspot.com/2013/12/sinopsis-ariana-rose-episod-1-hingga.html

Sebahagian sinopsis drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia':

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa 


pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di 


rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka 


berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk 


menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua 


bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah 


(Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa.


(http://www.fatindiana.com/2013/03/drama-sebenarnya-saya-isteri-dia.html


Tidak terkecuali kisah 'tertidur' namun berkahwin dengan lelaki lain.

Sebahagian sinopsis drama 'Setia Hujung Nyawa':


Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, 


Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga 


maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk 


menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan


 Haliza.


Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan 


Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila


dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini 

sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Adakah peminat Melayu Islam bagi filem dan drama Malaysia gemar sebegini. Kerana 


catatan rating bagi drama2 dan filem sebegini adalah tinggi. Ia popular. Dan stesen TV 


yang dinaungi Melayu Islam juga kekal menyajikan siaran sedemikian. Adegan panasnya 


juga lakonan Melayu Islam. Hmmm.. jaringannya panjang lagi hingga ke syarikat buku,


 penulis dan sebagainya...


Komen saya yang kerdil ini, menulis pun tak berapa reti walau ada niat nak jadi novelis, wuhuuu..

mohon para novelis sudah2 lah buat cerita yang macam ni..murah sangat perkahwinan kalau terpaksa nikah akibat terlanjur..nanti jadi ikutan remaja..jangan anggap berzina tu perkara biasa..dosa besar tu..kalau nak menulis tulislah karya yang mendekatkan pembaca dengan Allah, budaya timur yang sopan, memotivasikan, tak dinafikan ada yang bagus..lebih baik baca novel HM Tuah Iskandar, Hilal Asyraf, Fatimah Syarha, Habibur rahman El Shirazy...penulisan mendekatkan kita dengan agama dan Tuhan

mohon pihak penerbit jugak tapis karya..kalau tidak anda pun bersubahat merosakkan akhlak umat Islam


Sekian. Nak tengok drama yang lebih Islamik, boleh tonton di TV al-Hijrah. Sekarang tengah hot drama "Aku Ada Wali" di TV al-Hijrah setiap Selasa pukul 10 malam. Penulis skrip Ustazah Fatimah Syarha, my favourite novelis :)

No comments:

Post a Comment