Friday, November 30, 2012

JATUH CINTA LAGI

Assalamualaikum,

I'm in love...soooo in love...

Saya sudah jatuh cinta. Aiyaa..

Jangan marah cik abang sayang. Bukan jatuh cinta pada manusia lain tapi jatuh cinta pada bisnes..hehehe..

Seronok jugak rupanya berbisnes ni. Kenapalah tak belajar dari mula?

But, better late than never, right? Alhamdulillah, a good start. Kalau ditakdirkan menjadi usahawanita, semoga menjadi usahawanita yang berjaya dan yang paling penting mendapat redha, hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT.

In making of a muslim enterpreneur..In shaa Allah

AGEN DIPERLUKAN

Assalammualaikum,

Kami sedang mencari agen di seluruh Malaysia untuk memasarkan Telekung 'Auni Imtisal yang dijual secara online di facebook Zaitunrofie Muslimah Shop...

contoh telekung

Terdapat dalam pelbagai warna pilihan. Alhamdulillah menerima banyak pesanan dan jualan. Bagi yang berminat boleh sms 019-5704541 atau email ummikalsumhasanah@yahoo.com atau layari facebook Zaitunrofie Muslimah Shop untuk keterangan lanjut.

Jangan risau. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Semuanya percuma. Anda hanya perlu promosikan dan ambil pesanan. Kami yang sediakan modal dan uruskan ambilan dan pengeposan stok. Ganjaran komisyen untuk setiap jualan.

BERMINAT? HUBUNGI KAMI..



Friday, November 23, 2012

I'M 28!!!!

Assalammualaikum,

I'm already 28!!!

Sedar tak sedar dah 28 tahun dah usiaku. 2 tahun lagi  masuk alam dewasa yang matang. Sekarang ni alam dewasa yang tak matang. Erk!!! Boleh pulak macam tu...

Pencapaian setakat ini:

1) Menjadi isteri selama 5 tahun kepada seorang suami yang very loving, mithali dan soleh, InsyaAllah.
2) Anak dah masuk 3 orang...Muhammad Ziyad (3 thn), Ummu 'Auni (2 thn) dan Muhammad Zakir (1 bulan)
3) Dah ada bisnes sendiri walaupun kecil-kecilan
4) Masih seorang surirumah yang berjaya dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia..(mak saya kata membazir belajar tinggi-tinggi tapi jadi surirumah..oh!)..bukan tak nak kerja tapi rezeki tak ada lagi...huhu

Itu sajalah pencapaian yang boleh dibanggakan sekejap. Tak boleh bangga lama-lama nanti jadi riyak wa takabbur pulak..

Banyak lagi impian dan angan-angan yang masih belum jadi kenyataan dan perlukan usaha lebih lagi. Berasak-asak dalam kepala dok fikir. Semoga Allah SWT permudahkan...

Yang penting, bila rumahtangga bahagia, semua impian mudah terlaksana..InsyaAllah semuanya dengan izin dari Allah SWT.

Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan dan bagi ucapan sempena ulangtahunku ini. Sangat terharu. Lagi terharu bila teman hidupku belikan kek secret recipe secara kejutan. Padahal sehari sebelum my birthday dia tanya boleh makan ke tidak sebab masih dalam pantang kan..Tapi, tak sangka pulak dia belikan jugak. Itu pun siap sembunyi dalam kereta konon-konon tak beli. Rasa macam nak menangis bahagia dan gembira. Wah, berdrama pulak. 

Terima kasih banyak my love...Doakan saya menjadi isteri yang solehah, penyejuk di mata penawar di hati abang yer..Semoga kasih sayang kita hingga ke syurga bersama anak-anak kita yang soleh dan solehah...

Remember! Semakin bertambahnya umur semakin dekat kita dengan kematian...Persiapkan diri!!!