Wednesday, May 2, 2012

BERSIHkah kita?

Assalammualaikum,

Dah lama tak mencoret di laman blog, tak sangka blogger dah banyak berubah sampaikan tuan punya blog  terkial-kial mencari butang nak view blog. Hari ini hujan menyimbah bumi Kajang. Syok kan kalau tidur tapi mata saya tak nak lelap sebab banyak benda kena buat. Urusan kerja yang takkan pernah selesai selagi mana kita masih hidup di atas muka bumi ini dan macam-macam cerita berlegar-legar dalam memory card kepala saya ni.

Okay. Banyak perkara saya nak ceritakan di sini tapi baiklah kalau kita pergi satu persatu isu dahulu. Isu yang tengah hangattttttt dan sensasiiiiiiiiii sampai nak terbakar Malaysia ni sudah pastilah isu BERSIH 3.0. Memang panas kan. Setiap kali BERSIH dianjurkan, memang tak lari dari kontroversi-kontroversi pelbagai pihak. Semua komen, gosip, dakwaan, dan sebagainya bolehlah anda dapatkan dari blog-blog yang sedang bersemangat memainkan isu ni. Saya tak nak komen banyak-banyak sebab saya tak pergi. Perancangan awal memang teringin sangat nak pergi tapi Abu Ziyad kena pergi site visit pulak di Johor. Jadi, tak bolehlah pergi tanpa suami kan.

Sekadar ringkasan terhadap perhimpunan DUDUK & BANTAH ini. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan meriah berdasarkan foto-foto yang tersebar dalam alam maya. Memang tak dapat dinafikan bilangan peserta kali ini lebih ramai dari BERSIH 1.0 dan 2.0. Pelbagai bangsa, agama, umur, negeri datang bersatu berhimpun di atas nama mencari keadilan. Malah, bersifat antarabangsa apabila rakyat Malaysia di seluruh dunia sama-sama menyertai perhimpunan ini atas matlamat yang sama. Sekali lagi, saya rasa terkilan kerana tidak dapat bersama-sama memeriahkannya sebagai tanda sokongan kepada tuntutan keadilan dalam proses pilihanraya dan menentang Lynas.

Buat yang hadir, tahniah dan syabas atas kepedulian anda semua pada isu-isu ini meski banyak komen-komen negatif dilemparkan kepada para peserta. Yang pasti mereka ini bukan berjuang untuk diri mereka sahaja bahkan untuk kesinambungan dan keselesaan hidup anak cucu mereka di masa akan datang. Bayangkan yang pergi ke perhimpunan ini bukan saja kalangan orang muda belasan dan puluhan tahun tapi warga emas yang bertongkat, beruban, berkedut-kedut wajah mereka yang belum pasti akan sempat mengundi pada pilihanraya akan datang andai ajal menjemput mereka terlebih dahulu. Biar pun mereka akan hadapi risiko dibelasah, ditangkap, disembur water canon, ditembak tear gas tetapi harus diakui semua itu tidak enghalang kemaraan ratusan ribu rakyat Malaysia yang inginkan transformasi yang sebenarnya dalam negara sedangkan baki rakyat negara yang lainnya mungkin sibuk bercuti, makan angin, berhibur, tanpa memikirkan masa depan mereka sendiri. Ya, saya malu dengan golongan warga emas ini kerana saya yang muda ini belum mampu untuk turun ke perhimpunan seperti ini. Terima kasih kerana berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia.

Semoga keadilan yang kita cari itu akan muncul suatu hari nanti. Buktikan kita sebagai rakyat Malaysia sudah muak dan jelik dengan provokasi melampau pihak-pihak tertentu, yang sering menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat. Sebagai Muslim, kita harus percaya, kekuasaan yang dimiliki oleh sesiapa saja sekarang bukanlah bersifat mutlak. Suatu  hari, yang berada di atas akan turun ke bawah, yang memerintah akan jadi yang diperintah, yang berkuasa akan jadi tidak berkuasa, yang berpengaruh akan jadi tidak berpengaruh kerana Allah SWT yang Paling Berkuasa. Bahkan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan itu pun akhirnya mati ditelan gelombang laut.

Sekadar coretan seorang rakyat biasa.

P/S: Ramai yang mengkritik secara negatif dengan perhimpunan BERSIH yang sepatutnya berjalan secara aman tanpa provokasi dari kedua-dua belah pihak. Saya cuma terfikir, kalaulah suatu hari nanti McD atau KFC tiba-tiba mencadangkan untuk menutup semua premis perniagaan mereka di Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Apakah ramai rakyat Malaysia akan berhimpun membantah? Mungkin juga, kerana kita lebih peduli tentang lapar perut kita dan duit yang masuk ke poket kita.